Toyota HiLux Rogue 4x4 Australia dengan trek lebih lebar dan tinggi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota HiLux Rogue Australia 2022
Toyota HiLux Rogue Australia 2022
Tahukah anda? Toyota Hilux merupakan kenderaan terlaris selama bertahun-tahun lamanya di Australia. Jualan pada Jun 2022 sahaja sebanyak 7,532 unit!

Seperkara menarik, Hilux di sana dieja dengan nama HiLux yang melambangkan dua gabungan nama iaitu High dan Luxury.

Bercakap tentang Hilux, Toyota Australia baru sahaja mengumumkan HiLux Rogue 4x4 dengan beberapa peningkatan dan bakal memasuki pasaran pada suku keempat 2022.

Perubahan tersebut menyerlahkan lagi penampilan dan keupayaan HiLux Rogue.

Apa yang berbeza? Jarak trek roda dipanjangkan kepada sekitar 140 mm di depan dan belakang manakala badan ditinggikan sekitar 20 mm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota HiLux Rogue Australia 2022

 

Perubahan itu dibuat untuk memberikan lebih keupayaan off-road dan mempertingkatkan prestasi di jalan raya.

Supaya sepadan dengan ukuran trek baharu, pikap ini dipasang overfender lebar dan penghadang lecak dan secara keseluruhannya HiLux Rogue tampil lebih perkasa.

Perubahan yang dilakukan tidak mengambil mudah aspek lain.

Jurutera Toyota telah merombak suspensi HiLux dengan memanjangkan lengan (arm) suspensi dan palang penstabil depan dan mengubah sudut penyerap hentak.

 

Toyota HiLux Rogue Australia 2022

 

Gandar belakang turut dipanjangkan dengan peredam dianjak keluar kepada roda dan buat kali pertama untuk HiLux, Toyota memasang palang penstabil belakang.

Tujuannya untuk mempertingkatkan kestabilan di selekoh dan keselesaan.

Hasil daripada perubahan suspensi, ketegaran olengan meningkat 20 peratus dan membantu memberikan rasa stereng lebih baik ketika di selekoh dan menukar laluan.

 

Toyota HiLux Rogue Australia 2022

 

Ada lagi yang dibuat Toyota, brek gelendong belakang HiLux Rogue diganti dengan brek cakera dan saiz cakera depan lebih besar iaitu 17 inci.

Selain perubahan pada HiLux Rogue, Toyota turut merancang untuk memperkenalkan varian off-road baharu bagi menggantikan HiLux Rugged X.

Sejak memasuki pasaran pada tahun 2018, HiLux Rogue dan HiLux Rugged X telah mencatatkan jualan melebihi 17,000 unit.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota HiLux Rogue Australia 2022