Toyota Hilux Revo Rocco Edition 2024 untuk pasaran Jepun, rupa lebih agresif

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat trak pikap di Jepun kini boleh mendapatkan varian baharu Hilux Revo Rocco Edition dengan penampilan yang lebih agresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dijadualkan penjualannya pada Mei 2024, Hilux Rocco ini membawakan ciri seperti bampar hadapan yang lebih agresif, fender flare, sport bar, skid plate, serta rim hitam bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar all-terrain.

Pada bahagian bed belakang terdapat tampalan grafik Rocco.
 

hilux


Selain daripada itu, ia juga turut mendapat rekaan jeriji hadapan yang unik, serta unit pencahayaan utama LED dengan kemasan metalik pada perumah lampu.

Pintu tailgate belakang pula diberikan ciri bukaan berbantu.
 

hilux revo


Secara standard, Hilux Revo Rocco ini dibekalkan dengan nadi diesel 2.4 liter turbo, berkuasa 148 hp dan 400 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

Ciri lain termasuklah roda stereng balutan kulit, tempat duduk fabrik, sistem infotainmen lapan inci, paparan keliling panorama, amaran keluar lorong, serta sistem pra-pelanggaran dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Harga jualan Hilux Revo Rocco ini bermula dari ¥4,772,000, atau RM156,050 berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…