Beliau berkata terdapat kamera litar tertutup di kawasan kejadian, tetapi jauh menghala ke lokasi parkir kereta dan tiada kes kenderaan hilang dilaporkan di kawasan berkenaan.
Terdahulu, exco kerajaan negeri itu membuat hantaran di Facebooknya memaklumkan Toyota Hilux berwarna merah hilang kerana dilarikan pencuri.
“Dalam masa 180 saat atau tiga minit, kereta Hilux 2.8cc boleh dicuri tanpa kunci. Mohon bantuan untuk laporkan sekiranya terjumpa dan boleh hubungi 011-69937976,” menurut kapsyen di laman media sosial.
Menurut Tan, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.