Toyota Hilux Invicible 50 - inspirasi daripada filem Back to The Future

oleh Mohamad Hanif|
Sempena dengan ulang tahun yang ke-50, Toyota mengambil peluang keemasan ini dengan memperkenalkan versi edisi terhad Toyota Hilux Invicible 50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota membangunkan trak pikap Hilux Invicible ini menggunakan kepakaran know-how trak pikap daripada Arctic Trucks, sebuah syarikat penala khusus yang berasal daripada Iceland yang sebelum ini turut menghasilkan beberapa modifikasi khas buat para peminat trak pikap. 

 


Dimulakan dengan sistem gantungan trak yang didatangkan khusus daripada Arctic Truck dan Bilstein, di mana jarak kelegaan tanah telah ditinggikan sebanyak 40 mm di hadapan dan 20 mm di belakang.

Sistem gantungan tersebut digandingkan dengan penggunaan rim aloi kemasan warna hitam satin bersaiz 16x7.5 sebelum dibalut dengan tayar all-terrain 265/75 daripada BF Goodrich yang masih menjanjikan pemanduan on-road yang lancar dan meyakinkan. 
 


Disebalik naik taraf terhadap sistem pengendalian, Toyota masih mengekalkan nadi kuasa diesel empat silinder sebaris 2.4 liter yang mampu menghasilkan 148 kuasa kuda sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan. 

Antara ciri kosmetik yang turut disesuaikan termasuklah sport bar dengan empat buah lampu limpah LED berkuasa tinggi daripada Vision X, mudflap, bed liner Line-X dan juga plak Invicible 50 bernombor siri yang terletak pada bahagian dalam kabin. 
 


Manakala ciri keselamatan Toyota Safety Sense turut dilengkapkan merangkumi sistem pra-pelanggaran, amaran penukaran laluan, bantuan papan tanda, cruise control serta lampu utama dengan pengesan waktu senja.

Seperti nama yang tertera, Toyota Hilux Invicible 50 ini akan dibina sebanyak 50 unit sahaja, dengan sesi tempahan akan dibuka menjelang 1 November ini di UK. 
 


Memandangkan skim warna dan konsep yang hampir serupa, tentu sahaja trak pikap ini akan mengembalikan kenangan para peminat siri Back To The Future kepada trak pikap Toyota SR5 yang digunakan oleh Marty McFly bila mana beliau tidak membuat perjalanan merentas masa menggunakan DeLorean. 

Apa yang pasti, trak pikap ini tidak dilengkapi dengan ciri merentas masa, jadi para pemandu trak pikap ini perlulah memandu dengan normal di atas jalan raya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…