Toyota Hilux GR Sport mendarat di Jepun - dapat enjin 2.4 liter 150 PS/400 Nm sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Toyota baru-baru ini membawakan penambahan varian baharu GR Sport terhadap penawaran trak pikap Hilux di Jepun, setelah dilancarkan secara rasmi di Thailand bulan Ogos yang lalu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Tidak seperti Hilux GR Sport di Thailand yang mendapat nadi 2.8 liter, Hilux GR Sport untuk pasaran Jepun hanya mendapat nadi 2.4 liter dengan kuasa 150 PS dan daya kilas 400 Nm sahaja, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.
 

GR Sport


Dari segi penampilan, Hilux GR Sport membawakan kemasan yang hampir serupa seperti gril hadapan dengan perkataan TOYOTA, trim hitam piano, serta kehadiran logo Gazoo Racing.

Ruang kabin juga tidak ketinggalan menampilkan kemasan logo GR pada roda stereng, butang pandu mula, serta tempat duduk hadapan, diikuti dengan ciri seperti pedal aluminium, paddle shifter, serta jahitan kontras merah.
 

GR


Sebagai sebuah model GR Sport, Hilux ini telah didatangkan dengan naik taraf sistem suspensi yang didakwa mampu meningkatkan tahap kestabilan stereng serta keselesaan pemanduan.

Di Jepun, Hilux GR Sport diposisikan sebagai model varian tertinggi, di mana ia turut menawarkan ciri keselamatan seperti kawalan jelajah dinamik radar (DRCC), sistem pra-pelanggaran (PCS), bantuan papan tanda, serta amaran keluar laluan (LDA).
 

GR Sport


Harga jualan bermula dari 4,312,000 yen, atau RM160,516 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Gabungan unik kedua fungsi itu menjadikan trak pikap moden cukup berlainan dari model genre itu 20…
Berita Global
  Angka itu baru sahaja dinaikkan pada September lalu yang sebelum ini berkuasa 201 hp dan tork…
Pelancaran
Toyota Hilux GR Sport 2023 dilancarkan bersempena dengan Toyota Gazoo Racing Festival yang bakal…