Toyota Hilux GR Sport dilancarkan di Thailand - boleh didapati dalam versi low-rider!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota nampaknya berusaha menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh TRD kepada GR Sport, dimulakan dengan pengenalan Vios GR-Sport di pasaran Malaysia, diikuti pelancaran di Indonesia untuk barisan model terpilih.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Thailand, trak pikap terkenal Hilux kini mendapat lencana GR Sport di mana ia ditawarkan dalam dua versi, iaitu versi high-rider yang tinggi serta versi trak low-rider dengan jarak kelegaan tanah yang lebih rendah serta saiz roda yang lebih kecil.

Menurut Toyota, Hilux Revo GR Sport 4WD banyak diinspirasikan daripada jentera perlumbaan yang menyertai World Rally Championship (WRC), sementara model Hilux Revo GR Sport 2WD pula mengambil semangat Super GT.
 

HILUXZ


Antara perubahan yang terdapat pada Hilux Revo GR Sport 4WD termasuklah penampilan gril hadapan baharu, dekorasi lencana GR, arka roda berwarna badan, bar sport dengan pencahayaan LED, rim aloi GR Sport bersaiz 18 inci, angkup brek merah berlogo GR dan tidak ketinggalan, penyerap hentak Monotube serba baharu.

Kemasan ruang kabin pula diserikan dengan gandingan warna hitam dan merah, hiasan lencana dan jahitan GR pada tempat duduk sports, pedal pendikit dan brek sporti, roda stereng dengan penanda merah pukul 12, serta grafik GR pada skrin paparan.
 

Hilux


Sementara versi Hilux Revo GR Sport pula pertama kalinya kini mendapat enjin 2.8 liter diesel turbo yang menghasilkan 204 hp dan 500 Nm, sistem transmisi automatik enam kelajuan serta paddle shifter pada roda stereng.

Sama seperti Hilux hi-rider itu tadi, versi low-rider ini turut mendapat kemasan GR yang sporti, penampilan gril hadapan baharu, perumah cermin sisi hitam, rim aloi bersaiz 17 inci rekaan GR Sport, angkup brek merah berlogo GR, serta sistem suspensi yang direndahkan.
 

Hilux


Kemasan merah dan hitam juga turut menguasai ruang kabin, di mana Hilux Revo GR Sport turut mendapat rekaan roda stereng sporti, logo GR, tempat duduk suede dangan jahitan merah, pedal pendikit dan brek sporti, serta penampilan grafik GR pada skrin paparan.

Harga jualan bermula dari 889,000 Baht (RM113,936) untuk model low-rider, dan 1,299,000 Baht (RM166,483) untuk versi Hi-Rider.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka itu baru sahaja dinaikkan pada September lalu yang sebelum ini berkuasa 201 hp dan tork…
Pelancaran
Toyota Hilux GR Sport 2023 dilancarkan bersempena dengan Toyota Gazoo Racing Festival yang bakal…
Gaya Hidup
Syarikat Jepun, Direct Cars baru-baru ini memperlihatkan BR75 SUV Adventure Camper di mana seperti…