Toyota Hilux GR Sport 2023 kini di Malaysia, talaan khas suspensi, paddle shifter, dari RM159,880

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap popular di kalangan rakyat Malaysia, Toyota Hilux kini didatangkan dengan sebuah lagi varian berprestasi tinggi dengan membawakan lencana rasmi GR Sport.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Toyota Hilux GR Sport 2023 dilancarkan bersempena dengan Toyota Gazoo Racing Festival yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
 

Hilux


Ia membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan model Hilux Double Cab 2.8 Rogue, namun boleh dibezakan dengan kehadiran ciri unik seperti rekaan jeriji hadapan baharu, overfender kemasan warna badan, kemasan hitam pada sesetengah tempat, rim aloi rekaan khas bersaiz 18 inci, serta tayar Highway Terrain 265/60R18.

Selain itu, Hilux GR Sport ini turut didatangkan dengan angkup brek merah berlogokan GR.
 

GR


Dari segi kuasa, Hilux GR Sport masih lagi mengekalkan nadi 1GD-FTV 2.8 liter diesel turbo dengan hamburan kuasa 204 PS @ 3,400 rpm dan daya kilas 500 Nm @ 1,600-2,800 rpm yang dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda 4x4 dengan fungsi shift on-the-fly.

Membezakannya dengan Hilux standard di pasaran ialah sistem suspensi yang telah ditala semula, menggunakan penyerap hentak tiub tunggal dan spring gegelung khas bagi menawarkan keseimbangan antara pengendalian, respons stereng yang lebih tepat dan kestabilan semasa di selekoh.
 

GR


Masuk ke dalam ruang kabin, Hilux GR Sport mendapat kelengkapan khusus seperti pedal sports aluminium, paddle shifter, tempat duduk rekaan sporti balutan kulit dan suede, kemasan jahitan kontras merah, logo GR, serta tema GR pada paparan meter Optitron.

Secara standard, Hilux GR Sport dilengkapi dengan ciri pembeza gelincir terhad automatik, kawalan cengkaman aktif, kekunci pembeza belakang, kelengkapan Toyota Safety Sense (TSS) yang turut merangkumi Kawalan Jelajah Radar Dinamik, serta gandingan kamera dan penderia undur.
 

GR


Ciri paparan keliling panoramik ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pembeli Hilux GR Sport.

Harga jualan Toyota Hilux GR Sport 2023 bermula dari RM159,880.

Baca: Toyota Hilux GR Sport 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka itu baru sahaja dinaikkan pada September lalu yang sebelum ini berkuasa 201 hp dan tork…
Gaya Hidup
Syarikat Jepun, Direct Cars baru-baru ini memperlihatkan BR75 SUV Adventure Camper di mana seperti…
Berita Global
  HiLux GR Sport bukan lawan kepada Ford Ranger Raptor namun satu permulaan bagus sekiranya…