Toyota Hilux Galaxy Camper - ibarat rumah Jepun bergerak!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda sebagai seorang peminat tegar recreational vehicle (RV) dan mahukan sebuah kenderaan asas yang terbukti tahan lasak, artikel ini ada jawapannya. 

Sebuah syarikat pengimport kenderaan adventure yang klasik dan retro, Ottoex yang berpengkalan di Orlando menemukan sebuah Toyota Hilux Galaxy Camper tahun 1993 yang cukup sempurna tanpa sebarang kecacatan. 

Difahamkan, motorhome Toyota Hilux Galaxy Camper ini hanya dihasilkan dalam 80 unit dan terhad kepada pasaran Jepun sahaja, dengan badan yang diperbuat daripada gentian kaca. 


Ia dibina berdasarkan trak pikap Toyota Hilux LN106 generasi kelima dengan enjin diesel 3L berkapasiti 2.8 liter (90 hp/188 Nm) digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan.

Apa yang menariknya pada Toyota Hilux Galaxy Camper ini ialah bahagian dalaman yang kekal terpelihara, ibarat memiliki sebuah rumah Jepun yang bergerak.
 


Beberapa peralatan masih lagi berfungsi seperti roof-air, generator elektrik Onan Microlite 2800, pemancur air panas, serta set VHS TV berjenama Funai. 

Mungkin agak sukar untuk mencari tape VHS pada zaman yang serba sarat dengan peranti mudah alih USB ini.
 


Menurut Ottoex, Toyota Hilux Galaxy Camper sebelum ini hanya dimiliki oleh seorang pemilik yang amat cermat menjaga, dengan jarak perbatuan sekitar 55,800 batu (89,801 km). 

Namun, berita kurang baik, unit ini sudah pun terjual dan berdasarkan carian ringkas di internet, tidak banyak hasil yang didapati, menjadikan ia antara unit yang paling sukar untuk dijumpai. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, buat para peminat dan pencinta aktiviti luar, anda kini boleh mendapatkan pakej camper yang…
Berita Global
Ia bukan sahaja sesuai untuk mana-mana trak pikap konvensional di dalam dunia, malah ia juga boleh…
Berita Global
Namun, Baja juga boleh dirujuk sebagai trak camper yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang…