Toyota Hilux dengan muka retro ditampilkan pada acara TAS

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Trend ubahsuai rupa retro pada kereta moden masa kini dilihat semakin berkembang dengan pelbagai hasil, ada darinya yang memberikan hasil menakjubkan dan ada hasil memberikan rupa pelik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada acara Tokyo Auto Salon yang berlangsung baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Axell Auto turut tidak terlepas untuk menampilkan binaan uniknya yang tersendiri.

 

2

 

Syarikat yang berpangkalan di Nagoya itu mendedahkan kit badan 'Brody' untuk Toyota Hilux, dimana ia menampilkan rekaan muka retro, berbeza dari apa yang kita selalu lihat pada sebuah Hilux.

Bahagian hadapan Hilux itu telah direka sepenuhnya dengan rupa berkotak yang memberikan gaya seakan Land Cruiser generasi J60 dan J80.

 

3

 

Ia didatangkan dengan jeriji berbentuk segi empat tepat dipadankan bersama sepasang lampu hadapan LED berbentuk segi empat sama dengan lampu isyarat berasingan.

Bonet yang dipasang pada kit badan itu juga lebih rata berbanding bonet asal, fender hadapan juga telah dipotong pendek untuk dipadankan bersama bumper krom dengan gaya 80 an.

 

5

 

Kit badan itu sememangnya mengubah rupa asal Hilux tersebut jika dilihat dari hadapan, manakala bahagian belakang rekaan asal pikap tersebut masih kekal sama.

Axell Auto bukan sahaja menampilkan satu, malahan 3 Toyota Hilux dengan kit badan tersebut, Hilux berwarna biru didatangkan dengan kit badan bersama suspensi standard yang dipasang roda bersaiz 17 inci dibaluti tayar Yokohama Geolander X-AT.

 

4

 

Hilux berwarna urban khaki pula didatangkan dengan tetapan suspensi yang lebih rendah bersama set tayar Yokohama Advan Sport.

Manakala Hilux berwarna gangsa pula didatangkan dengan tetapan suspensi lebih tinggi bersama pelbagai aksesori off-road seperti bar lampu pada bumper hadapan, tayar all-terrain dan paling menarik iaitu khemah yang dipasang pada bed belakang.

 

6

 

Tidak dapat dipastikan kos untuk kit badan tersebut, tetapi ia pastinya tidak murah memandangkan banyak ubahsuai yang perlu dilakukan.

Jika anda menginginkan kelainan, kit badan ini mungkin sesuai untuk digunakan, tetapi bagi penulis, kit badan itu hanya cantik dari hadapan, agak pelik jika dilihat dari tepi kerana garis badan Hilux baharu itu yang tidak begitu sesuai dengan rupa berkotak.

 

Sumber: carscoops

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…