Toyota Hilux dan Sienta kini boleh dipesan dengan aksesori tulen TRD dan Toyota

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Hilux dan Sienta kini boleh dipesan dengan aksesori tulen TRD dan Toyota
Toyota Hilux dan Sienta kini boleh dipesan dengan aksesori tulen TRD dan Toyota
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sejak kebelakangan ini UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) tampil menawarkan aksesori dan kelengkapan yang agak unik untuk kenderaan Toyota.

Sebagai contoh kamera 360 darjah pada Toyota Vios dan juga alat perakam video (DVR). Penawaran tersebut harus dipuji memandangkan syarikat tidak tertumpu kepada estetik sahaja seperti kit badan atau pelekat grafik.

Bercakap tentang estetik, ini ada tawaran terbaru untuk pemilik Toyota Hilux dan Toyota Sienta.

Aerokit TRD dan Tailgate Assist

 

Tailgate Hilux

 

UMWT sekarang ini sudah mula menawarkan aerokit TRD untuk Toyota Hilux Double Cab dan tailgate assist yang turut boleh dipasangkan pada Hilux generasi terdahulu.

Aerokit TRD untuk Hilux terdiri dari lima kelengkapan iaitu gril depan, pelindung bawah bampar, over fender, skid plate dan tombol gear. Kesemua ini berharga RM 4,800 termasuk CBP dan caj pemasangan.

Istimewa untuk pemilik Hilux 2.8G ialah pilihan roda aloi TRD berukuran 18 inci yang turut datang dengan nat rim eksklusif pada harga tambahan selain Aerokit TRD.

Tailgate Assist pula aksesori yang berguna untuk dipasangkan pada Hilux. Ia dibangunkan susulan maklum balas pelanggan yang mahukan pintu kargo lebih mudah untuk digunakan.

Jurutera Toyota telah mereka bentuk spring atau damper tambahan yang boleh mengurangkan berat pintu kargo sehingga 95 peratus.

Damper itu berupaya untuk mengawal pintu dari terus jatuh ke bawah dengan kasar dan laju.

Tailgate Assist dipasarkan pada harga RM 985 termasuk CBP. Ia boleh digunakan pada Hilux generasi baharu dan terdahulu bermula dari model tahun 2005. 

Aerokit Sienta

 

Aerokit Sienta

 

Khusus untuk Sienta supaya tampil lebih sporti, UMWT menawarkan Aerokit yang terdiri dari dua kelengkapan iaitu spoiler bampar depan dan skirt sisi. Kit itu berharga RM 2,950 termasuk CBP.

Pemegang SmartTAG

 

Smart Tag UMWT

 

Ini pula aksesori menarik dari UMWT. Pemegang SmartTAG ini boleh digunakan sebagai ganti pemegang sedia ada. Menariknya ia boleh disambungkan terus pada unit bateri kereta dan akan mengeluarkan bunyi amaran jika nilai isian di bawah paras RM 10.

Harga pemegang SmartTAG UMWT ini ialah RM 329 termasuk CBP.

SmartTAG

Waranti

Aksesori aerokit untuk Hilux dibangunkan oleh TRD Asia dan mempunyai kualiti sama seperti kenderaan Toyota.

Kesemua aksesori yang dijual didatangkan bersama waranti selama tiga tahun atau 100,000 km (yang mana dahulu) untuk kecacatan pemasangan atau pengilangan.

Barangan terbaru dari UMWT ini juga terbuka untuk dipesan oleh pemilik sedia ada dan boleh dipasang di pusat servis bertauliah oleh juruteknik berpengalaman.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…