Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran TSAM, Leon Theron dalam satu sidang media di Afrika Selatan.
Setakat ini maklumat berkaitan trenkuasa hibrid untuk Hilux dan Fortuner masih belum didedahkan secara terperinci, namun ianya dijangka untuk hadir seawal tahun hadapan.

Seperti anda sedia maklum, sistem mild hybrid atau hibrid ringan amat berbeza jika dibandingkan dengan hibrid tradisional atau hibrid plug-in.
Sistem mild hibrid kebiasaannya bertujuan untuk memberikan kuasa tambahan kepada enjin pembakaran dalaman, dan memberikan sedikit penjimatan kepada penggunaan bahan api.

Sistem tersebut merangkumi motor elektrik kecil, yang disambungkan ke enjin dan berfungsi seiring dengan enjin pembakaran dalaman untuk memberikan kuasa tambahan pada pecutan.
Baca: Apa itu sistem mild hybrid?
Sumber: CarMag