Toyota Hilux AMG - Pencabar Raptor yang sepatutnya Toyota bikin!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala pengeluar lain berlumba-lumba untuk menghasilkan pencabar kepada Ford Ranger Raptor, Toyota masih kekal cool dengan trak pikap Hailak (Hilux).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, di satu sudut dunia (lebih tepat lagi Afrika Selatan), anda boleh saksikan modifikasi yang dilakukan terhadap Toyota Hilux bagi menjadikannya sebuah jentera yang ditakuti ramai. 

 


Ia bukanlah rasmi daripada Toyota, akan tetapi ia merupakan sebuah Toyota Hilux dengan nadi bentangan V8 yang diperoleh daripada Mercedes-AMG!

Tidak banyak informasi yang boleh didapati, namun berdasarkan video ringkas tersebut, enjin V8 (dari C 63 AMG) tersebut memiliki sesaran 6.3 liter yang menghasilkan sekurang-kurangnya 500 kuasa kuda dan 518 Nm daya kilas!
 


Lebih menginzalkan apabila pemilik trak pikap ini gemar menggandingkan nadi V8 tersebut kepada sebuah transmisi manual. 

Dan bunyinya? 

Anda perlu dengar sendiri pada video di bawah.