Toyota Hilux 2021 facelift - enjin 2.8 liter baharu, 201 hp/500 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan gambar teaser bersama Fernando Alonso, serta gambar yang terbocor di laman sosial, Toyota akhirnya secara rasmi melancarkan model facelift trak pikap Toyota Hilux di negara jiran, Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan, Toyota Hilux kini menerima nadi enjin serba baharu, iaitu enjin diesel 2.8 liter yang menghasilkan 201 kuasa kuda dan 500 Nm yang masuk penuh seawal putaran enjin 1,600 rpm.

Ini menjadikan Toyota Hilux mempunyai prestasi yang sebaris dengan pesaing trak pikap yang berada di pasaran pada ketika ini.

 

 


Toyota juga turut menala kembali nadi diesel tersebut dengan menurunkan putaran enjin melahu daripada 850 rpm kepada 650 rpm untuk lebih penjimatan bahan api, di mana Toyota Hilux kini mampu mencapai bacaan penggunaan bahan api purata 7.8 liter/100 km.

Aspek pengendalian juga turut dipertingkatkan di mana struktur spring dedaun telah ditambahbaik, penyerap hentak, bushing baharu dan jarak pergerakan suspensi kini lebih panjang.
 


Selain daripada itu, perubahan besar dibawakan pada reka bentuk luaran, di mana Toyota Hilux kini menerima muka yang lebih garang dan sporti, lampu bi-LED yang direka semula, serta rekaan bumper yang lebih bersegi seakan Toyota Tacoma.

Rekaan lampu belakang juga turut diberikan nafas baharu.

Opsyen rim kini terdiri daripada rim bersaiz 17 inci untuk model aras mula sehinggalah rim bersaiz 18 inci untuk varian yang lebih premium.
 


Sementara itu, ruang dalaman juga turut diberikan penekanan di mana Toyota Hilux kini didatangkan dengan skrin infotainmen bersaiz lapan inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio JBL dengan sembilan unit pembesar suara, amplifier lapan saluran dan teknologi Clari-Fi.

Antara kelengkapan yang diberikan termasuklah sistem kemasukan tanpa kunci, navigasi satelit, pendingin hawa automatik, penderia parkir depan dan belakang, manakala pasaran Eropah mendapat kit spesifik yang merangkumi gril hadapan unik, skid plate, overfender, rim dan kemasan tailgate.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…