Toyota Hilux 2019 Special Edition versi Eropah hadir dengan Toyota Safety Sense

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tawaran pikap di negara Asia Tenggara terutama sekali di Thailand memang meriah. Ada pelbagai jenis pikap yang boleh dilihat daripada kargo kayu, dua pintu, empat pintu termasuk fungsi tersendiri sama ada untuk perniagaan, pemanduan lasak di dalam hutan atau sekadar memenuhi minat.

Selain daripada dibina untuk memenuhi pelbagai ragam pengguna, pengeluar pikap juga semakin prihatin dengan melengkapi spesifikasi keselamatan setara kereta penumpang.

Walaupun masih boleh ditambah baik, sudah ada pengeluar yang menawarkan kelengkapan canggih seperti enam beg udara, Kawalan Jelajah Adaptif dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hilux 2019 Special Edition

 

Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana gaya pandu pikap tidak sama seperti kereta penumpang. Pikap juga mempunyai daya pecutan yang tinggi.

Di dalam perkara ini, tawaran terbaru Toyota di Eropah harus dipuji kerana tidak mementingkan kuasa dan imej lasak semata-mata.

Pada Pameran Kenderaan Komersil 2019 di Birmingham, United Kingdom, Toyota akan mendedahkan tawaran terbaru iaitu Hilux 2019 Special Edition.

Dari segi luaran Hilux 2019 Special Edition nampak sama sahaja seperti Hilux di pasaran tempatan cuma apa jelas berbeza ialah teknologi Toyota Safety Sense pada kesemua varian.

TSS pada Hilux ini merangkumi pelbagai teknologi keselamatan canggih seperti Sistem Pra-Pelanggaran (PCS) dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal pada waktu malam dan siang, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Julat Kelajuan Tinggi, Bantuan Tanda Jalan (RSA) dan Amaran Penukaran Lorong (LDA) dengan kawalan brek-stereng.

 

Toyota Hilux 2019 Special Edition

 

Memandangkan Hilux menggunakan stereng kuasa hidraulik, pembetulan lorong dilakukan melalui aplikasi brek secara terpisah pada bahagian depan/belakang dan kiri/kanan roda.

Selain daripada teknologi keselamatan canggih, Hilux SE ini ditawarkan dalam beberapa spesifikasi seperti Mid atau High Double Cab atau Mid Grade Extra Cab.

Bahagian luar tampil sederhana dengan warna hitam dan kelabu gelap pada sekeliling gril atas, perumah lampu kabus, pembuka pintu dan pelindung cermin sisi.

Sebagai identiti berbeza, pasaran Eropah Barat ditawarkan dengan roda aloi 18 inci dua tona manakala pelanggan Eropah Timur ditawarkan dengan warna hitam sepenuhnya.

Bahagian dalaman Hilux harus diakui lebih sporti berbanding lasak. Di bahagian tersebut dipasangkan kemasan berwarna krom dan hitam piano pada stereng, batang gear dan kawasan sekeliling.

 

Toyota Hilux 2019 Special Edition

 

Latar belakang meter instrumen pula berwarna putih manakala skrin TFT mempunyai animasi Hilux 2019 Special Edition. Perhatian terhadap perincian juga muncul pada kunci dengan reka bentuk lakaran bahagian depan Hilux.

Harga Hilux 2019 Special Edition tidak dinyatakan namun berdasarkan model pesaing, pikap dipasarkan pada angka lebih tinggi di UK berbanding negara ASEAN yang mempunyai perjanjian bebas untuk kenderaan segmen ini.

Ada harga atau tidak, sama ada bentuk lasak atau gaya hidup, kami memuji teknologi keselamatan canggih pada Hilux ini dan berharap teknologi sama akan turut ditawarkan secara arus perdana untuk pasaran tempatan.

Bukan sekadar kit badan, kerusi kulit atau pelekat badan sahaja.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Spesifikasi ringkas varian baharu kepada keluarga Corolla Cross itu turut didedahkan, di mana ia…
Berita Domestik
Yang pasti, Toyota (menerusi UMW Toyota) kini bukan sekadar menjual produk yang tahan lasak dan…
Berita Domestik
Hanya dua varian sahaja ditawarkan, iaitu Fortuner 2.8 VRZ yang merupakan varian baharu…