Toyota Highlander XSE, biar betul SUV macam ini?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila Toyota merubah cara ia menawarkan produk kepada pengguna, syarikat itu benar-benar maksudkannya. Bermula dengan Toyota 86 yang mengembalikan era hachiroku dan seterusnya melalui pelbagai produk massa seperti C-HR, Camry, RAV-4, Corolla dan Yaris.

Camry dan Corolla adalah contoh bagaimana Toyota berubah 360 darjah daripada kereta dengan reka bentuk bersahaja kepada sesuatu lebih sporty. 

Nampaknya proses peremajaan model Toyota diteruskan sehingga SUV saiz pertengahan seperti Highlander generasi keempat yang ditawarkan di Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
TOYOTA HIGHLANDER XSE

 

Model itu diperkenalkan di New York pada April 2019 dan tampil dengan reka bentuk ekspresif. Highlander nampak seperti sebuah kereta sport dalam bentuk SUV.

Jika ia belum memadai, ini ada varian baharu yang lebih ekstrem. Toyota Highlander XSE yang juga tambahan kepada siri sama untuk Camry, Avalon, RAV 4 dan Corolla di AS.

 

Berikut ialah ciri khusus pada Highlander XSE:

  • Gril dan bampar lebih sporty dan ekspresif ala Camry baharu
  • Sirip keliling pada bampar depan, sisi dan tepi bampar belakang
  • Bingkai tingkap tepi hitam
  • Ekzos dengan muncung berkembar
  • Roda 20 inci eksklusif untuk XSE
  • Kerusi dengan warna dua tona

 

TOYOTA HIGHLANDER XSE

 

Selain ciri estetika, SUV tujuh tempat duduk ini dilengkapi suspensi dengan talaan sport dan Dynamic Torque Vectoring dalam menawarkan pemanduan yang berpadanan dengan penampilannya.

Toyota Highlander XSE digerakkan enjin 3.5 liter V6 yang menghamburkan kuasa 295 hp dan 356Nm dan dipadan bersama transmisi lapan kelajuan automatik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Highlander