Toyota Highlander Hybrid - platform TNGA-K, dijual di Eropah bermula 2021

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi di benua Amerika, Australia (sebagai Toyota Kluger) dan juga pasaran Russia, SUV bersaiz pertengahan hibrid daripada Toyota, Highlander kini dijadualkan memasuki pasaran Eropah menjelang awal tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan daripada platform TNGA-K, Toyota Highlander memiliki dimensi panjang 4,950 mm yang menawarkan konfigurasi sehingga tujuh orang penumpang pada satu-satu masa.

 


Malah, SUV ini juga menawarkan ruang kargo sebesar 658 liter apabila ketiga-tiga tempat duduk ditegakkan, dan mampu mencapai kapasiti sebesar 1,909 liter apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dibaringkan.

Ruang kargo di belakang boleh diakses menerusi pintu belakang yang boleh dibuka menerusi operasi pengesanan tendangan.

Mengikut spesifikasi Eropah, Toyota Highlander didatangkan dengan kemasan  berwarna hitam atau Graphite, set rim bersaiz 20 inci, tailgate berkuasa, soket USB untuk tempat duduk baris pertama dan kedua, sistem ventilasi pada tempat duduk serta penawaran ruang storan yang pelbagai.

 


Selain daripada itu, terdapat skrin paparan multimedia bersaiz 12.3 inci yang menawarkan paparan sistem navigasi pemetaan, sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta slot pengecasan peranti pintar nirwayar.

Sebut pasal sistem hibrid yang ada pada Toyota Highlander ini, ia dilengkapi dengan sistem hibrid penuh generasi keempat Toyota yang terdiri daripada enjin 2.5 liter kitaran Atkinson, gandingan motor elektrik hadapan dan belakang serta pek bateri Nickel-Metal Hydride yang diposisikan di bawah tempat duduk baris kedua.

Secara keseluruhan, sistem ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 241 hp dengan penggunaan bahan api serendah 6.6 liter/100 km.

 


Pemandu boleh mendapatkan sehingga empat mod pemanduan terdiri daripada Eco, Normal, Sport dan Trail.

Tidak ketinggalan, ciri Toyota Safety Sense yang dilengkapkan merangkumi komponen seperti Sistem Pra-Pelanggaran, Kawalan Pelayaran Adaptif Jarak Penuh, Bantuan Papan Tanda, Bantuan Pengesan Laluan, Amaran Keluar Laluan, serta Bantuan Suluhan Tinggi Automatik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota juga sebelum ini diberitakan akan membawakan nama Crown untuk diabadikan sebagai sebuah…
Berita Global
  Model itu diperkenalkan di New York pada April 2019 dan tampil dengan reka bentuk ekspresif.…
Model Terbaharu
SUV bersaiz pertengahan daripada Toyota, Highlander kini sudah memasuki generasi keempat apabila ia…