Toyota Hiace generasi baharu rasmi dilancarkan di Filipina!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Motor Corporation baharu sahaja melancarkan model terbaharu Toyota Hiace yang direka untuk pasaran luar negara, bertempat di Filipina sebentar tadi. 

Dibina menggunakan platform TNGA yang disemak semula, ia bukan sahaja memberikan keselesaan yang lebih, malah Hiace baharu juga memberikan kadar keselamatan yang lebih tinggi, selain casis yang lebih tahan lasak. 
 


Semenjak pelancaran generasi pertama Hiace pada tahun 1967, ia merupakan model global Toyota yang paling penting, dengan penjualan lebih daripada 6.24 juta unit di lebih 150 buah negara. 

Generasi baharu Hiace ini didatangkan dengan dua jenis badan, iaitu Normal/Standard Roof dan Long/High Roof, serta tiga versi iaitu 

  • Commuter - konfigurasi tempat duduk yang mampu memuatkan 17 orang dengan selesa
  • Tourism - datang dengan kabin dalaman yang direka khas untuk keselesaan yang lebih kepada para pelancong
  • Van - menampilkan ruang kargo yang sangat besar untuk memuatkan barangan perniagaan 
     


Rekaan papan pemuka juga menampilkan corong udara yang diposisikan hampir dengan sistem multimedia, dan di bahagian baris pertama kini menawarkan ruang kaki yang lebih luas, terima kasih kepada bentuk badan serba baharu Hiace. 

Seperti yang dijangkakan, Toyota Hiace hadir dengan penawaran enjin diesel empat silinder sebaris 2.8 liter 1GD-FTV (148 hp/300 Nm) dan enjin petrol 3.5 liter 7GR-FKS bentangan V6 berkuasa 276 hp/365 Nm.

Bagi melayakkan Toyota Hiace menerima penarafan lima bintang daripada Euro NCAP (ya tuan-tuan, Euro NCAP!), Toyota telah melengkapkan van generasi baharu ini dengan ciri Toyota Safety Sense sebagaimana adik-beradiknya yang lain. 

Baca: Toyota Hiace dengan enjin V6?

Baca: Adakah ini Toyota Hiace serba baharu?
 

Sumber: Toyota

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah van Hiace yang diberikan rupa seakan Land Rover Defender.   Jika…
Berita Global
Toyota Australia baru-baru ini memperlihatkan sebuah model prototaip Hiace yang dilengkapi dengan…