Toyota Hiace telah dilancarkan di Filipina awal tahun yang lalu dan kini giliran pasaran Thailand pula untuk menerima generasi baharu Hiace itu.
Untuk pasaran Thailand, Toyota Hiace didatangkan dalam dua konfigurasi; bumbung rendah digelar sebagai Hiace manakala versi bumbung tinggi pula digelar dengan nama Commuter.
Tidak seperti pasaran lain yang lebih ketat peraturannya, Hiace Thailand tidak dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense, namun ciri keselamatan lain tidak dilupakan seperti tiga beg udara SRS, ABS, Bantuan Membrek, Sistem Kestabilan Kenderaan, Sistem Kawalan Cengkaman (TRC), dan Bantuan Mula Mendaki (HAC).
Harga jualan pula bermula dari THB 999,000 (RM133 ribu) untuk Hiace Panel Van, sehinggalah kepada THB 1.079 juta (RM143,696), manakala Hiace Commuter pula dijual pada harga THB 1.269 juta (RM168,999) untuk versi manual dan THB 1.299 juta (RM172,994).
* 1 THB = 0.13 MYR
Satu persoalan yang timbul, adakah UMW Toyota akan memberikan ruang kepada Hiace generasi baharu untuk mendarat di Malaysia?
Sudah pasti ramai yang mahukan sebuah people mover yang lebih moden dan lebih selamat pada harga yang mesra poket.
Atau wajarkah versi lebih premium Granvia diberikan peluang?
Sumber: CarList