Toyota Hiace dengan jarak perbatuan 1 juta km!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama gergasi automotif dari Jepun ini tidak perlu diperkenalkan lagi, rata-rata pengguna tahu apa kelebihan yang ditawarkan oleh jenama tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebut sahaja ciri yang anda tahu - tahan lasak, boleh dipercayai, teknologi kuno, tahan lama - dan siapa sangka, dengan rahsia yang tidak ramai ikut, sebuah Toyota mampu bertahan sehingga jarak perbatuan 1 juta km jauhnya!

Gambar Toyota Hiace di atas diperoleh daripada laman Facebook Toyota - Laser Motor Group : Bangsar, PJ, Seremban, dan ia bukti sebenar van yang digunakan untuk kegunaan perniagaan tersebut telah berjaya mencapai jarak perbatuan 1 juta km.

Apa rahsia yang diamalkan oleh pemilik van tersebut?

Menurut laman Facebook itu lagi, mudah sahaja. Sentiasa pastikan kenderaan anda diservis mengikut jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan, dan paling penting tidak melakukan servis selain daripada pusat servis yang bertauliah.

Kenapa? Masih tak percaya?

Sumber: Facebook Toyota - Laser Motor Group : Bangsar, PJ, Seremban

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah van Hiace yang diberikan rupa seakan Land Rover Defender.   Jika…
Berita Global
Toyota Australia baru-baru ini memperlihatkan sebuah model prototaip Hiace yang dilengkapi dengan…