Toyota hentikan pembangunan enjin V8?

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 (dan seterusnya) bakal menjadi satu lembaran sejarah yang sedih buat industri automotif memandangkan beberapa jenis enjin pembakaran dalaman (seperti diesel) sudah pun dihentikan produksi dan pembangunannya bagi memberikan laluan kepada nadi turbo yang lebih kecil sesarannya, nadi hibrid serta trenkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu laporan dari penerbitan Jepun Mag-X mendakwa syarikat automotif terbesar negara tersebut, Toyota didakwa telah pun menghentikan pembangunan enjin-enjin V8.

Sekiranya benar, ini bermakna projek enjin V8 yang dikhususkan untuk program perlumbaan Nurburgring 24H (jentera Lexus LC) turut dibatalkan, dan ia tidak akan ditawarkan pada model-model jalanan Lexus pada masa akan datang.

Kesan daripada coronavirus turut memaksa Toyota untuk mengalihkan fokus mereka kepada enjin V6 turbo dan trenkuasa elektrik hibrid.

 


Sebelum ini, dalam satu laporan yang berbeza, Lexus didakwa membuat keputusan untuk menghentikan projek LC F akibat kos serta kekurangan tenaga pekerja untuk membangunkan enjin V8 turbo berkembar.

Nadi V8 tersebut dijangka memiliki sesaran 4.0 liter dan mampu menghamburkan sehingga 600 kuasa kuda di dalam spesifikasi jalanan.

Pada ketika itu juga, Toyota dikatakan bakal mengkhususkan enjin V8 ini untuk kegunaan trak pikap yang lebih besar saiznya di Amerika Syarikat, sementara enjin 5.0 liter aspirasi natural pada LC 500 akan diturunkan kapasitinya menjadi 4.0 liter dengan bantuan turbo berkembar.

Sumber: Mag-X