Toyota Harrier serba baharu dibuka untuk tempahan di Malaysia Autoshow 2017

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), syarikat usaha sama antara UMW Corporation dan Toyota Motor Corporation, mempamerkan lapan model Toyota di Malaysia Autoshow 2017 yang akan diadakan di MAEPS (Taman Ekspo Agro Malaysi Serdang) dekat Seri Kembangan, Selangor, dari 9 hingga 12 November 2017.

Acara kemuncak adalah pelancaran Toyota Harrier serba baharu yang akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula tahun 2018 dan disusuli dua model Toyota C-HR yang juga akan dijual pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Harrier merupakan model yang sangat terkenal di Malaysia tetapi kebanyakannya merupakan model yang khusus untuk pasaran domestik Jepun. Kenderaan tersebut dijual di negara lain kebanyakannya diimport secara persendirian menerusi penjual bebas. Bagaimanapun, dengan generasi ketiga yang diperkenalkan pada 2015, Toyota telah mula menawarkannya di pasaran terpilih menerusi pengedar sah seperti UMW Toyota Motor.

harrier rear end

 

Harrier yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini akan diedarkan oleh UMWT mulai 2018 merupakan versi terkini dengan pengayaan baharu dan ciri-ciri yang dipertingkatkan sejak pelancarannya. Hanya rangkaian jualan UMWT akan menawarkan versi enjin petrol turbocaj 2.0 liter dengan D=4ST dan teknologi VVT-iW. Dua versi – Harrier 2.0T Luxury dan Harrier 2.0T Premium – akan ditawarkan dan akan didatangkan dengan Pakej Toyota Safety Sense (TSS) yang maju bagi perlindungan penumpang yang dipertingkatkan serta keselamatan pemanduan.

Sebagaimana kesemua model Toyota yang dijual di Malaysia oleh UMWT dan pengedar-pengedar sahnya, Harrier akan menerima sokongan selepas jualan di seluruh negara termasuk alat ganti dan yang paling penting, ia akan mempunyai waranti selama lima tahun dengan tiada had perbatuan. Para pemilik boleh memiliki ketenangan minda dengan mengetahui kenderaan mereka akan disenggara oleh juruteknik yang diberi latihan khusus untuk Harrier ini.

Pelancaran jualan Harrier serba baharu akan diumumkan pada tarikh yang lain tetapi mulai 9 November 2017, semua bilik pameran Toyota seluruh Malaysia akan menerima tempahan. Harga Harrier adalah bermula dari RM238,000 (harga Atas Jalan tanpa insurans bagi pendaftaran persendirian).

 

 

On-the-Road Price (RM) - Individual Private

Region

TOYOTA HARRIER 2.0T PREMIUM

(RM)

TOYOTA HARRIER 2.0T LUXURY

(RM)

Peninsular Malaysia

238,000.00

259,900.00

Sabah

240,640.40

262,540.40

Sarawak

240,640.40

262,540.40

Langkawi

149,692.11

162,076.71

Labuan

151,253.81

163,638.41

 

 

On-the-Road Price (RM) – Company Private

Region

TOYOTA HARRIER 2.0T PREMIUM

(RM)

TOYOTA HARRIER 2.0T LUXURY

(RM)

Peninsular Malaysia

238,200.00

260,100.00

Sabah

240,640.40

262,540.40

Sarawak

240,640.40

262,540.40

Langkawi

149,892.11

162,276.71

Labuan

151,253.81

163,638.41

 

 

 

Turut dipamerkan ialah Toyota Innova 2.0X, Toyota Vios SE baharu dan satu daripada kereta yang akan digunakan di dalam siri perlumbaan Vios Challenge One-Make yang akan memasuki pusingan kedua pada 25 dan 26 November 2017, bertempat di MAEPS bagi membawa aksi menerujakan ke Lembah Klang.

 

Vios gazoo

 

Tema ruang pameran Toyota ialah All About the Drive, menggambarkan matlamat Toyota dalam mengangkut orang ramai, secara langsung dan secara perlambangan. Model-model yang dipamerkan dan boleh didapati di Malaysia adalah hasil kefahaman syarikat terhadap kehendak pelanggan dan cara terbaik bagi memenuhi keperluan mereka.

 

fortuner test drive

 

Para pengunjung juga boleh menikmati pengalaman versi terkini Toyota Hilux dan Toyota Fortuner di kawasanToyota Off Road terletak tidak jauh dari tapak pameran utama. Keupayaan hebat Hilux dan Fortuner akan didemonstrasikan pada tapak yang disediakan khusus. Sistem bantuan pemandu seperti Active Traction Control (A-TRC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Downhill Assist Control (DAC) akan dipertontonkan. Pada masa yang sama, keselesaan yang dipertingkatkan pada pikap dan SUV Toyota hari ini akan terbukti semasa pecutan tinggi di atas permukaan kasar.

Dua unit Toyota C-HR turut dipamerkan merupakan model yang spesifikasinya serupa dengan yang akan dijual di Malaysia bermula 2018.

Bagi Innova pula, versi yang dipamerkan ialah Innova 2.0X, varian baharu yang diperkenalkan pada bulan lepas. Ini merupakan model utama dalam keluarga Innova dan memaparkan imej lebih premium dengan ciri-ciri maju. Ia mengekalkan ruang kabin yang luas dan fleksibel yang merupakan ciri-ciri utama Innova sangat dikenali dengan penggayaan crossover bagi seiring dengan trend semasa.

Selebriti TGR Vios Challenge, Shukri Yahaya dan Shawn Lee juga telah hadir di ruang pameran Toyota semasa hari pelancaran rasmi pameran  tersebut.

 

toyota gazoo banner

 

Sepanjang empat hari 2017 Malaysia Autoshow, terdapat pelbagai aktiviti disediakan di ruang pameran Toyota dengan orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Toyota dan barangan-barangan lain. Maklumat mengenai pakej pembiayaan dan tawaran istimewa seperti ‘Toyota RM1,000,000 Bonanza’ juga ditawarkan bagi mereka yang merancang untuk membeli model terbaharu Toyota.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…