Toyota Harrier laku keras di Jepun - tempahan 15 kali lebih banyak berbanding target asal!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Harrier kini sudah pun memasuki generasi keempat pada tahun ini, dan siapa sangka, model crossover mewah dari Toyota ini nampaknya masih lagi kekal popular di negara asal, Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana menurut laporan daripada Asahi Shimbun, pihak Toyota Jepun pada awalnya mensasarkan tempahan sekurang-kurangnya 3,100 unit, melihatkan kepada keadaan ekonomi semasa yang mula menunjukkan tanda pemulihan akibat COVID-19.

Namun, tahap populariti Toyota Harrier yang masih menebal di kalangan rakyat Jepun menyaksikan Toyota kini menerima sehingga 15 kali (atau 45,000 unit) daripada jumlah tempahan yang disasarkan.

Ini bermakna, rakyat Jepun harus menunggu sehingga lima bulan untuk menerima unit masing-masing, menurut laporan Asahi lagi.

 


Toyota Harrier generasi keempat ini hadir dengan penawaran enjin hibrid A25A-FXS empat silinder sebaris Dynamic Force bersesaran 2,487 cc (178 PS/221 Nm) dan motor elektrik yang mampu menjana 120 PS dan 202 Nm yang memacu roda hadapan serta sistem transmisi CVT elektrik.

Sebuah lagi enjin aspirasi natural ditawarkan iaitu enjin Dynamic Force bersesaran 1,986 cc yang mampu menghasilkan 171 PS dan 207 Nm serta digandingkan dengan transmisi Direct Shift-CVT.

Harga jualan di Jepun bermula dari 2,990,000 yen (RM119,638) sehinggalah varian tertinggi 5,040,000 yen (RM201,495) yang hadir dengan enjin hibrid 2.5 liter.

Baca: Toyota Harrier generasi keempat

Sumber: Asahi Shimbun

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi anda yang sudah buntu untuk mencari idea mencantikkan Toyota Harrier (nama di pasaran lain…
Berita Global
Untuk tahun 2021, Toyota telah menawarkan kemaskini terhadap Sienta berupa penambahbaikan terhadap…
Berita Domestik
Yang pasti, Toyota (menerusi UMW Toyota) kini bukan sekadar menjual produk yang tahan lasak dan…