Toyota Harrier akan diserahkan lebih cepat dari tempoh jangkaan

oleh SALINA JALIL|
Akibat GST sifar beberapa bulan lepas, ada beberapa syarikat automotif yang mengalami permasalahan serahan dan tempoh menunggu yang panjang memandangkan bekalan stok sedia ada tidak cukup menampung permintaan. Ini termasuk permintaan yang tinggi ke atas Toyota Harrier yang telah dilancarkan pada awal tahun dahulu walaupun sebanyak 500 unit telah diserahkan kepada pelanggan.


Kini, dengan kerjasama Toyota Motor Corporation dalam menambah jumlah bekalan Harrier dari kilang pengeluarannya di Jepun untuk pasaran Malaysia, lebih banyak stok akan tersedia dan tempoh menunggu bagi pelanggan juga akan disingkatkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kami sedar para pelanggan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kenderaan mereka. Permintaan di peringkat global terhadap Harrier juga sangat memberangsangkan sejak awal pengenalannya dan untuk Malaysia, permintaannya semakin meningkat sepanjang tempoh tiga bulan cuti cukai yang lalu. Kadar pengeluaran di Jepun kini mampu untuk menampung lebih banyak permintaan dan kami akan menerima lebih banyak unit model ini untuk serahan kepada pelanggan," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 

harrier 1

 

Dijual pada harga RM243,000 (pendaftaran Semananjung Malaysia dengan SST, tanpa insurans), Harrier terkini ditawarkan dalam dua varian — Premium dan Luxury. Kedua-duanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder generasi terbaru dengan pengecas turbo "twin scroll", suntikan minyak terus D-4ST dan VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide) untuk mendapatkan janaan kuasa yang tinggi dan penggunaan bahan api yang cekap.
 

 

 

Harrier juga lengkap dengan pakej Toyota Safety Sense, set komprehensif sistem keselamatan aktif (pertama kali ditawarkan pada model Toyota di Malaysia) dan pelbagai ciri keselamatan yang lain.  

 

Empat pilihan warna ditawarkan — Dark Blue Mica Metallic, White Pearl, Sparkling Black Pearl dan Silver Metallic. Harrier didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had jarak perbatuan. 

 

Toyota juga sedang menganjurkan promosi "All About The Drive Bonanza" hingga hujung tahun ini. Bagi yang ingin memiliki Harrier baru, mereka akan berpeluang untuk memenangi pakej percutian dan layak untuk memenangi MPV kompak Toyota Sienta. Maklumat lanjut berkaitan ini boleh dicapai di www.toyota.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…