Toyota GT86 EV ini guna trenkuasa Nissan LEAF!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa kata kereta elektrik tidak mampu menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan pandu uji yang kami buat tahun lalu, Nissan LEAF merupakan sebuah hatchback yang mampu menawarkan pemanduan yang dinamik walaupun pada hakikatnya ia sebuah EV. 

Jadi, dengan pakej dan pengetahuan yang bersesuaian, anda sebenarnya mampu untuk menghasilkan sebuah EV sendiri dari garaj anda!

Memperkenalkan, Toyota GT86 EV, dan ia sebenarnya telah menjalani modifikasi dengan memasukkan trenkuasa elektrik daripada Nissan LEAF!

 


Philip Schuster dari Jerman memiliki Toyota GT86 EV ini setelah tidak berpuas hati dengan prestasi sedia ada. 

Trenkuasa elektrik diperoleh daripada Nissan LEAF dan kini mampu menghasilkan 200 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas, tidak banyak perbezaan jika dibandingkan spesifikasi atas kertas.

Namun barang harus diingat, karakteristik tork segera yang ditawarkan oleh motor elektrik sememangnya mampu mentransformasikan gerak gaya dan pemanduan yang ditawarkan oleh Toyota 86.

Kuasa daripada motor elektrik tersebut tidak dihantar terus kepada gandar belakang, sebaliknya Schuster mempadankannya dengan transmisi standard manual enam nisbah kelajuan.
 


Komponen klac juga turut dicuba pada 86 EV ini termasuklah dari Jimny, Fiat Multipla dan Porsche 911 sebelum akhirnya Schuster mendapati klac daripada Honda amat sesuai untuk digunakan pada kereta beliau. 

Sistem pek bateri 48 modul telah digunakan untuk membekalkan kuasa kepada motor elektrik, di mana 16 daripadanya duduk di ruang enjin manakala selebihnya terletak di ruang tangki bahan api (yang telah dibuang) dan ruang simpanan tayar.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Creative311 dan video daripada Instagram kystify, kelibat model ujian…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…
Berita Global
Ini kerana, berbeza dengan laporan yang pernah kami terbitkan sebelum ini, laman tersebut…