Toyota Granace, versi mewah Hiace diperkenal di TMS 2019

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Motor Corporation (Toyota) merancang untuk menawarkan Granace di pasaran Jepun dan van mewah tersebut bakal dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Tokyo 2019 bermula 24 Oktober ini.

Toyota sebelum ini telah pun memperkenalkan Hiace versi mewah di Thailand dan Australia masing-masing dengan nama berbeza iaitu Majesty dan Granvia. 

Granace digerakkan oleh enjin 1GD 2.8 liter diesel turbo dengan transmisi enam kelajuan automatik yang memacu roda depan. Kombinasi itu berupaya memberikan pemanduan yang lancar dan gagah bermula dari kelajuan enjin rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Granace

 

Saiz Granace memang jelas besar, ukuran panjang ialah 5.3 meter dengan lebar 1.97 meter dan tinggi 1.99 meter yang membolehkan ruang dalaman di susun dengan baik dan selesa. 

Saiz tersebut dimanfaatkan dengan tawaran pelbagai konfigurasi kerusi berbeza iaitu enam tempat duduk dan lapan tempat duduk.

Pilihan enam tempat duduk disusun dengan dua kerusi dalam tiga baris manakala pilihan lapan tempat duduk mempunyai dua kerusi dalam empat baris.

Jika itu tidak memadai, pembeli ditawarkan dengan lapan kerusi empat baris yang tidak menjadi masalah untuk van sebesar ini.

 

Toyota Granace

 

Empat kerusi pada barisan kedua dan ketiga menggunakan kerusi kapten dengan balutan kulit dan gelungsuran yang panjang dan fungsi ottoman supaya penumpang merasai sepenuh kenikmatan.

Mengiringi kerusi yang mewah dan selesa tersebut ialah dekorasi ira kayu pada bahagian sisi van dan lampu LED dengan nyalaan samar dalam menaikkan suasana elegan dan tenang.

Toyota turut menggunakan tebatan getaran dan bunyi yang menyeluruh supaya bahagian kabin berasa senyap di dalam pelbagai jenis keadaan jalan raya.

 

Toyota Granace

 

Dari segi keselamatan, Granace dilengkapi Toyota Safety Sense terbaru sebagai ciri standard dengan fungsi pengesanan diperbaharui.

Sistem keselamatan pra-pelanggaran itu berupaya mengesan pejalan kaki pada waktu siang dan malam serta penunggang basikal pada waktu siang.

Turut dilengkapi ialah teknologi Intelligent Clearance Sonar with Parking Support Brakes (Stationary Objects).

Teknologi ini membantu dalam mengurangkan atau mencegah kemalangan semasa memandu dalam kelajuan rendah seperti di lot parkir dan sebagainya.

 

Toyota Granace

 

Berkenaan harga Toyota masih belum mendedahkannya dan sebagai rujukan, julat harga Granvia di Australia bermula dari RM180,000 hingga RM212,000. Harga Majesty di Thailand pula jauh lebih tinggi iaitu dari RM232,000 hingga RM400,000.

Bagaimana pula dengan negara kita? Selepas Thailand, Australia dan Jepun adakah ia bakal menyusul?

UMW Toyota masih belum membuat sebarang pengesahan dan jika dipasarkan kelak penulis yakin harganya berada di dalam segmen 'bangsawan' sama seperti Alphard atau Vellfire.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit/Sumber foto: Toyota

 

Toyota Granace

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…