Toyota GR86 Rally Legacy Concept, 1.6 turbo dari GR Corolla, pacuan semua roda!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota GR86 Rally Legacy Concept
Toyota GR86 Rally Legacy Concept
Boleh dilihat dan diperakui Toyota berusaha keras dalam menghidupkan sukan rali antarabangsa.

Barisan kenderaan GR yang mantap juga menaikkan prestij Toyota dan kini timbul satu perasaan mahal.

Perasaan itu merujuk kepada individu yang berimpian untuk memiliki kereta berprestasi dari Toyota dan bukan hanya model biasa atau pesanan dari kerajaan.

Di antara babak yang melekat di kalangan peminat rali ialah kereta lumba Celica dengan grafik hijau dan merah di atas badan putih.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Toyota GR86 Rally Legacy Concept

 

Celoreng Castrol dan aksi dari selekoh ke selekoh menghiburkan. Tahukah anda? Perodua juga pernah terlibat di dalam rali.

Kancil yang digunakan turut memaparkan grafik Castrol sempena Perodua Castrol Rally Team.

Kenangan puluhan tahun diraikan apabila Toyota memperkenalkan GR86 Rally Legacy Concept.

Kereta konsep ini bukan sahaja membangkitkan kenangan tetapi juga menunjukkan komiten Toyota untuk masa depan perlumbaan rali.

 

Toyota GR86 Rally Legacy Concept

 

Projek ini menggunakan GR86 2024 dengan Performance Package sebagai asas.

Diilhamkan dari jentera rali Celica GT-Four ST185 dan ST205, GR86 dipasangkan pacuan kuasa 1.6 liter turbo tiga silinder GR-FOUR AWD dari GR Corolla.

Satu ciri utama enjin 2.4 Boxer asal ialah ukurannya rendah dan cabaran yang dihadapi terletak pada pengubahsuaian casis bagi memuatkan enjin GR Corolla.

Enjin G16E-GTS lebih tinggi dan berada pada kedudukan melintang selain pacuan GR-FOUR AWD.

 

Toyota GR86 Rally Legacy Concept

 

Enjin G16 boleh dimuatkan di dalam ruang enjin dan terowong transmisi dengan beberapa ubah suai pada bahagian depan casis.

Turut diperlukan subkerangka buatan khas dan cagak enjin bagi mendapatkan pelepasan atau ruang untuk rangkaian pemacu dan ampaian.

Mengubahsuai GR86 pacuan belakang kepada semua roda juga memerlukan pengubahsuaian besar pada ampaian depan.

Pengubahsuaian tersebut untuk menggunakan perkakasan GR Corolla seperti hab, spindel (hujung aci) dan gandar bagi menguasakan roda depan.

 

Toyota GR86 Rally Legacy Concept

 

Lengan kawalan (control arm) juga dibuat baharu dan penyerap hentak ditukar lain. Perubahan turut dibuat pada rak stereng asal.

Pada bahagian belakang, pembeza dan perumah dari GR Corolla menggantikan set asal bagi mengekalkan nisbah gear, kefungsian elektronik dan pembahagian kuasa.

Tidak hanya pasang dan guna, gandar belakang GR Corolla perlu diubah untuk pemasangan yang sempurna.

Belum lagi selesai, enjin G16 dipertingkat dengan pemasangan interpendingin dan penyejuk minyak. Ekzos asal diganti dengan dua muncung keluar dari bampar.

 

Toyota GR86 Rally Legacy Concept

 

Tugas pengurusan enjin diserahkan kepada ECU perlumbaan. Output kekal pada 300 kuasa kuda (hp) dan 370Nm dan mempunyai potensi untuk ditingkatkan lagi.

Dari segi rekaan, selain grafik badan yang ikonik, kereta ini dipasang spoiler tinggi yang diilhamkan dari Celica GT-Four.

Bahagian dalam sarat dengan perkakasan lumba seperti rangka keselamatan, kerusi bucket dan tali pinggang keledar enam sudut.

Dilahirkan sebagai konsep, GR86 Rally Legacy tiada di pasaran namun sudah cukup menggembirakan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Toyota GR86 Rally Legacy Concept