Toyota GR86 habis terjual dalam tempoh 90 minit di UK

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh 90 minit, kesemua unit yang diperuntukkan untuk pasaran United Kingdom nampaknya telah pun habis disapu oleh golongan peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Autocar UK, Toyota tidak mendedahkan secara terperinci berapa unit yang dibawa masuk untuk pasaran tersebut.

Lebih menyedihkan mereka yang tidak sempat untuk membeli, Toyota awal-awal telah memberikan amaran produksi GR86 hanya dihadkan untuk tempoh dua tahun sahaja disebabkan ia tidak lagi mampu untuk memenuhi piawaian undang-undang pelanggaran yang semakin ketat.

Toyota juga turut memberitahu laman tersebut bahawa peruntukan tambahan untuk pasaran tersebut "tidak ada di dalam perancangan buat masa ini."
 

GR86


Selain daripada tempoh produksi yang amat terhad, antara faktor yang turut menyumbang kepada kelarisan model tersebut adalah harga jualan permulaan untuk Toyota GR86 juga dikatakan cukup mampu milik, bermula di bawah £30,000 (RM167,755) sahaja.

Tidak akan ada alternatif buat mereka yang terlepas, memandangkan Subaru diberitakan tidak akan menawarkan model BRZ untuk pasaran tersebut.

Baca: Toyota GR86

Baca: Subaru BRZ generasi baharu

Baca: Beza Toyota GR86 dan Subaru BRZ guna menu makanan kari

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua eksekutif Lamborghini Stephan Winkelmann ketika ditemubual…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…
Berita Global
Ini kerana sejak model tersebut diumumkan pada tahun lalu, Ford kini telah mencatatkan jumlah…