Toyota GR Yaris terima sambutan hebat selepas sebulan dilancarkan!

oleh Mohamad Hanif|
Daripada 25,000 unit yang dihasilkan untuk seluruh dunia, kurang daripada 200 unit telah pun dibawa masuk secara rasmi oleh UMW Toyota untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk sebuah kereta hot hatch homologasi WRC yang baharu sahaja dilancarkan bulan lalu, agak menakjubkan apabila Toyota GR Yaris yang berharga bawah RM300,000 itu menerima sambutan yang cukup menggalakkan.

Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor menjelaskan, "ketika kami diberitahu berkenaan kehadiran Toyota GR Yaris oleh Toyota Motor Corporation, kami mengetahui ia bakal mempunyai potensi yang cukup hebat di pasaran Malaysia.

"Setelah lebih sebulan dilancarkan secara rasmi, kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan untuk Toyota GR Yaris.

 


"Kami menggalakkan pihak yang mahu mendapatkan Toyota GR Yaris untuk segera mendaftarkan minat di GR Garage Dealers di seluruh negara," ujar beliau lagi, memberikan bayangan stok GR Yaris sudah tidak banyak didapati.

Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Australia sebagai contoh membawa masuk 1,000 unit dan kesemua unit tersebut telah pun habis terjual dalam masa satu minggu sahaja!

 


Toyota GR Yaris dijual pada harga bermula dari RM286,896 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan SST) dan boleh ditempah menerusi pusat pengedar yang memiliki GR Garage sahaja.

Untuk pasaran Malaysia, GR Yaris didatangkan dengan pakej Performance Pack Edition terdiri daripada penawaran suspensi yang lebih teguh, unit LSD Torsen, rim aloi BBS dan penggunaan tayar Michelin Pilot Sport 4S.

Aspek kuasa diserahkan kepada enjin tiga silinder sebaris paling berkuasa di dunia - 1.6 liter turbo yang mampu menjana 261 PS dan 360 Nm pada putaran enjin 3,000-4,600 rpm yang dipadankan dengan transmisi manual iMT enam nisbah kelajuan.

Sistem pacuan empat roda GR-Four menawarkan tiga mod pemanduan dengan pengagihan kuasa kepada gandar depan dan belakang yang berbeza, iaitu Normal (60:40), Sport (30:70) dan Track (50:50).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…