Toyota GR Yaris rosak teruk terbabas ketika trackday!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu bernasib baik terselamat daripada sebarang kecederaan walaupun jentera GR Yaris yang dipandunya itu rosak teruk akibat terbabas ketika sesi trackday yang dianjurkan baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan rakaman kamera CCTV yang diperoleh saluran YouTube Ma To, keadaan jalan di litar tersebut agak basah dan kelihatan sebuah GR Yaris berwarna putih meluncur laju sebelum menggelongsor sepanjang selekoh.

 


Pemandu tersebut dilihat masih lagi mampu mengawal kereta tersebut dengan baik, namun disebabkan sektor selekoh yang mula kering, kadar cengkaman tayar kembali semula dan menyebabkan hot hatch tersebut berpusing sebelum terkeluar dari litar.

Lebih menyedihkan apabila jentera tersebut merempuh kawasan batu kerikil menyebabkan ia bergolek beberapa kali.

Mujur dengan kelengkapan standard kilang seperti sangkar keselamatan dan pemakaian tali pinggang keledar, pemandu tersebut berjaya keluar tanpa sebarang kecederaan serius.

 

Video kedua yang disertakan memaparkan keadaan GR Yaris yang rosak teruk selepas kemalangan tersebut di mana tiang A dan struktur bumbung gentian karbon yang kemik teruk akibat serapan impak golekan.

Sumber: Youtube Ma To