Toyota GR Yaris milik pengasas Koenigsegg untuk dijual

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai seorang pengasas dan pemilik jenama kereta hyper di atas muka bumi ini, Christian von Koenigsegg tidak pernah memandang tepi kereta-kereta yang jauh lebih praktikal dan mudah untuk dibawa.

Seperti contoh, GR Yaris yang dipaparkan di dalam artikel ini sebenarnya merupakan salah satu daripada koleksinya dan ia kini sedang dijual menerusi laman bidaan Collecting Cars.
 

GR Yaris


Tidak, Koenigsegg tidak pernah menggantikan nadi asal tiga silinder sebaris GR Yaris ini dengan nadi tiga silinder Freevalve seperti yang wujud pada model Gemera, sebaliknya masih lagi kekal standard dengan enjin G16E-GTS menghasilkan 261 hp, serta padanan pakej opsyen Circuit Pack.

Menurut senarai di dalam laman web Collecting Cars, GR Yaris ini masih lagi berada dalam keadaan baik, melainkan kesan stone chip pada bahagian depan yang agak ketara disebabkan kereta ini berwarna hitam.
 

GR Yaris


Malah, sejak dibeli GR Yaris ini hanya sekadar mencatatkan jarak perbatuan sekitar 10 ribu km sahaja.

Setakat semakan yang dibuat semasa artikel ini ditulis, nilai bidaan untuk GR Yaris ini sudah mencecah €30,750 (RM143,165).

Sumber: Collecting Cars

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai sebuah kereta hot hatch segmen B, GR Yaris telah menerima banyak pujian bukan sahaja…
Berita Domestik
Sebagai makluman, GR Yaris ada ditawarkan dalam versi CVT untuk pasaran Jepun, akan tetapi ia hanya…
Berita Global
Berdasarkan gambar teaser terbaharu yang dibekalkan, GR Corolla bakal membawakan penampilan yang…