Toyota GR Yaris laku keras - 310,000 unit terjual di Gran Turismo!

oleh Mohamad Hanif|
Dari pengetahuan dan pengalaman di dalam dunia rali, Toyota GR Yaris dihasilkan bagi membuktikan kepada dunia bahawa Toyota masih lagi mampu menghasilkan kereta sports yang sejati tanpa perlukan bantuan sesiapa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun dihasilkan dalam unit terhad, ternyata Toyota GR Yaris mempunyai peminat yang tersendiri, baik dalam dunia nyata mahukan dalam dunia maya!

Menurut laporan daripada GTPlanet, Toyota GR Yaris berjaya dijual sebanyak 310,000 unit dalam masa sebulan sahaja selepas ia diperkenalkan secara rasmi di dalam platform permainan video PS4 terkenal Gran Turismo.

 


GR Yaris bukan sahaja terdapat di Gran Turismo, malah hot hatch kecil itu turut terdapat di permainan video WRC 9 yang terdapat untuk PS4, PS 5, Xbox One, dan Microsoft Windows di dalam spesifikasi Rally Concept.

Sebuah lagi model GR yang dilancarkan, GR Supra turut dibuktikan popular apabila telah berjaya dijual sebanyak hampir 1.8 juta unit di dalam Gran Turismo Sport.

 


Dalam dunia nyata, GR Yaris dibangunkan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pasukan Toyota di dalam WRC, di mana ia menggunakan gandingan platform TNGA-B di hadapan, platform TNGA-C di belakang, sistem suspensi serba baharu double wishbone di belakang dan sistem pacuan semua roda GR-Four.

Enjin 1.6 liter tiga silinder sebaris turbo itu mampu menghasilkan 261 PS dan 360 Nm yang disalurkan kepada empat roda menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Dengan berat sekitar 1,280 kg, GR Yaris mampu memecut sepantas kurang 5.5 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j.

 


Untuk pasaran Malaysia, GR Yaris ditawarkan sebanyak 200 unit, lengkap dengan pakej Performance Pack Edition dan harga jualan bermula dari RM299,000.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak berkesempatan (dan tidak berkemampuan) untuk membeli Civic Type R FL5, anda…
Berita Global
Menurut laporan daripada BimmerToday, BMW akan menggugurkan model 6 Series GT untuk model tahun…
Berita Global
Ini kerana bulan depan, permainan video simulasi perlumbaan Gran Turismo bakal menawarkan sebuah GR…