Toyota GR Yaris habis terjual di Mexico dalam tempoh 24 jam!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala rakan kita di Amerika Syarikat masih lagi mempersoalkan tindakan Toyota yang tidak membawa masuk hot hatch GR Yaris ke sana, pasaran terdekat Mexico lain pula ceritanya.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ini kerana sebanyak 300 unit GR Yaris yang diperuntukkan untuk pasaran Mexico telah pun habis terjual dalam masa 24 jam.

Dijual pada harga 699,900 Peso (RM138,503), pembeli di sana perlu meletakkan duit pra-tempahan sebanyak 20,000 Peso (RM4,135) menurut laporan daripada Motor Pasion Mexico.

Mexico merupakan antara negara terbaharu yang menyertai Jepun, Australia, Argentina, Sepanyol, serta beberapa negara Asia Tenggara (termasuk Malaysia) yang telah pun menerima kehadiran Toyota GR Yaris di jalanan.

Sebagai sebuah jentera homologasi WRC, Toyota GR Yaris dibangunkan berdasarkan platform Yaris TNGA, dengan enjin 1.6 liter turbo tiga silinder sebaris yang berupaya menghasilkan 257 kuasa kuda kepada keempat-empat roda.

Sebanyak 25,000 unit sahaja GR Yaris dihasilkan untuk pasaran global.

Sementara pasaran Amerika berkemungkinan besar perlu menunggu selama 25 tahun sebelum dibenarkan membawa masuk hot hatch tersebut secara rasmi.

Sumber: Motor Pasion Mexico

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Mereka turut melancarkan kempen iklan bersiri, di mana dua daripadanya telah pun disiarkan sebelum…
Berita Domestik
Berdasarkan graf hasil larian dyno yang dikongsikan oleh Powertune Australia, enjin G16E-GTS 3…