Toyota GR Yaris - habis stok di Australia

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya Toyota sudah terjumpa lubuk kerana jualan model hatchback sporty GR Yaris memang mengujakan.

Terbaharu ialah bila Toyota Australia mengumumkan mereka sudah pun menjual kesemua stok GR Yaris yang diterima oleh negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia dijual dengan harga tawaran AUD39,950 (lebih kurang RM119,100) untuk 1,000 unit pertama, dan meningkat kepada AUD44,950 untuk 100 unit selepas itu. 

Harga rasmi jualan GR Yaris di Australia sebenarnya ialah UAD49,500 (RM146,000) sebelum kos-kos pendaftaran dan sebagainya.

GR Yaris hadir dengan enjin 1.6L 3-silinder turbo yang memberikan 200 kW dan 370 Nm. Pecutan 0-100 kmsj dari kereta seberat 1,280 kg ini ialah dalam 5.2 saat.

 

 

Australia juga akan menerima varian GR Yaris Rallye dengan sistem gantungan perlumbaan, diff-lock depan dan belakang, roda aloi "forged" 18-inci dari BBS, tayar Michelin Pilot Sport 4S dan angkup brek berwarna merah.

Untuk sebuah negara sebesar itu dengan hanya 25 juta penduduk, pasaran domestik Australia menjual sebanyak 1.06 juta unit kenderaan dalam tahun 2019.

Malaysia mempunyai 32.6 juta penduduk dan pasaran domestik kenderaan malaysia untuk tahun 2019 ialah 604,287 unit.


*Laporan asal dari CarExpert Australia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…