Toyota GR Yaris dapat sentuhan TOM'S

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan kereta-kereta sports Jepun seperti Nissan GT-R dan Toyota 86 kini sudah pun terlalu berusia, tumpuan para penala kini dihalakan kepada jentera cilik Toyota GR Yaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak salah untuk kami nyatakan, jentera homologasi WRC dari Toyota ini bakal menjadi suatu rebutan pada masa akan datang, dan ia mungkin akan menjadi satu asbab bagi Toyota untuk menambah bilangan produksi GR Yaris yang pada ketika ini dihadkan kepada 25,000 unit sahaja.

Sebelum ini kami telah siarkan beberapa penala yang hadir dengan modifikasi tersendiri untuk GR Yaris, dimulakan dengan GR Yaris HKS berkuasa 475 hp dengan kit badan Pandem, GR Yaris dengan enjin 2JZ dan GR Yaris yang ditala oleh Litchfield UK.

 


Untuk paparan kali ini, Toyota GR Yaris ini hadir dengan kit badan yang diproduksikan oleh TOM'S, salah satu penala terkenal untuk kenderaan berjenama Toyota dan Lexus.

GR Yaris TOM'S ini didedahkan secara rasmi menerusi acara siaran langsung dalam talian TOM'S Salon di mana pemandu WRC Takamoto Katsuta menerangkan serba sedikit modifikasi yang dilakukan.

 


Berdasarkan pengamatan, kit badan daripada TOM'S ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan perubahan pada GR Yaris, akan tetapi masih mahu mengekalkan spesifikasi kuasa standard kilang 275 hp itu.

Ia dimulakan dengan bampar hadapan yang masih lagi standard, akan tetapi telah dipasang dengan splitter baharu dan winglet di bahagian perumah lampu kabus, sirip tambahan pada bahagian skirt sisi, serta bumper belakang yang menampilkan liang udara yang agak besar.

 


Keempat-empat arca roda dipasang dengan set rim Rays G 025 bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar Dunlop SP Sport Max, sementara sistem brek pula didatangkan daripada Endless Mono 6 Rally.

Sistem gantungan juga turut diubah suai menampilkan peredam daripada sebuah penala Jepun, LUCK, dimana syarikat itu turut menghasilkan trim pintu daripada gentian karbon!

 


Tempat duduk asal telah digantikan dengan unit jenis bucket Recaro RMS2600A yang diperbuat daripada gentian karbon.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…