Toyota GR Yaris berharga RM364 ribu, pemilik automatik jadi ahli kelab GR Yaris Thailand!

oleh Mohamad Hanif|
Hot hatch yang baharu sahaja mendarat di Thailand, Toyota GR Yaris akhirnya rasmi dilancarkan dengan tanda harga bermula dari 2.69 juta Baht, atau RM363,596 di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan harga tersebut, pembeli terpilih bukan sahaja berpeluang memiliki hot hatch yang sangat rare itu, bahkan mereka secara automatik menjadi ahli kelab GR Yaris Thailand, serta mendapat akses untuk menyertai aktiviti yang bakal dijalankan oleh Toyota Gazoo Racing Thailand.

Aktiviti menarik tersebut termasuklah sesi pandu di litar, sesi kelas perlumbaan dan latihan yang dianjurkan sendiri oleh Toyota Gazoo Racing, khusus untuk para peminat dan golongan sasaran GR Yaris itu sendiri.

 


Seperti yang kita ketahui, Toyota GR Yaris dijana dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo yang menghasilkan 272 PS dan 370 Nm, dipadankan dengan sistem transmisi manual enam nisbah kelajuan yang menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan semua roda GR-Four.

GR Yaris turut mendapat 'jajan' istimewa seperti LSD depan dan belakang Torsen, transfer case yang membahagikan kuasa kepada gandar depan dan belakang, serta tiga mod pemanduan iaitu Normal (60:40), Sport (30:70) serta Track (50:50).

 


Tidak seperti Yaris standard untuk pasaran tempatan, GR Yaris menggunakan platform TNGA yang telah diubahsuai, di mana sistem suspensi belakang torsion beam telah pun digantikan dengan sistem double wishbone.

Thailand sudah pun mendapat GR Yaris, bagaimana pula dengan Malaysia?

Adakah kita bakal menerima hot hatch ini dalam masa terdekat?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…