Toyota GR Yaris 2021 dilancarkan di Eropah - dari RM163 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model homologasi pantas yang dibangunkan daripada Toyota untuk WRC akhirnya secara rasmi mendarat di Eropah, iaitu Toyota GR Yaris 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti yang kita semua maklum, Toyota GR Yaris menggunapakai enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo yang menghasilkan 257 kuasa kuda dan 360 Nm.

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda GR-Four menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan, di mana ia menawarkan sehingga tiga mod pemanduan dengan agihan tork depan:belakang yang berbeza iaitu Normal (60:40), Sport (30:70) dan Track (50:50).

 


Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai kurang dari 5.5 saat manakala kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik pada 230 km/j.

GR Yaris secara asasnya berkongsi platform yang sama dengan Yaris Eropah (bukan Yaris JN), namun sistem suspensi asal Yaris tidak didatangkan pada GR Yaris.

Sebaliknya, ia menampilkan sistem double wishbone pada bahagian belakang menggantikan suspensi jenis torsion beam.

 


Malah, jika dibandingkan dengan Yaris lima pintu, GR Yaris ini memiliki dimensi bumbung yang lebih rendah 95 mm, dan memiliki berat sekitar 1,280 kg, terima kasih kepada penggunaan bahan aluminium pada bahagian seperti sayap, pintu belakang, dan bonet, manakala bumbung pula daripada polimer karbon.

Ciri standard yang didatangkan pada GR Yaris termasuklah lampu utama LED automatik, tempat duduk sport Ultrasuede, sistem intotainmen bersaiz 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pendingin hawa dua zon, serta pengelap cermin automatik.

GR Yaris juga turut menerima kelengkapan keselamatan terkini seperti Adaptive Cruise Control, Lane Trace Assist dan Pre-Collision System.

 


Untuk pasaran Eropah, Toyota menawarkan beberapa opsyen seperti:

  • Circuit Pack - LSD Torsen depan dan belakang, rim aloi 18 inci, tayar Michelin Pilot 4, talaan suspensi, angkup brek warna merah
  • Convenience Pack - sistem audio premium JBL, navigasi satelit, penderia parkir, lampu ambien, paparan head-up.

Malangnya, pelanggan di Eropah tidak dibenarkan untuk mendapatkan kedua-dua opsyen tersebut pada masa yang sama.

Harga jualan di UK bermula dari £29,995 (RM162,933.46).

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…