Toyota GR Supra/BMW Z4 dipanggil semula - risiko kebakaran

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah kereta sports, Toyota GR Supra/BMW Z4 tidak terkecuali daripada menghadapi masalah-masalah yang memerlukan kempen panggil semula, dan kini menghadapi satu lagi kempen panggil semula terbaharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kempen recall terbaharu ini melibatkan 49 unit (35 buah Supra, 14 buah BMW Z4) atas risiko kebakaran yang disebabkan kimpalan yang tidak sempurna pada tangki bahan api.

Kesemua unit yang dipanggil semula itu dibina bermula dari 26 Jun 2019 hingga 9 Julai 2020, manakala unit Toyota Supra pula dibina dari 19 April 2019 hingga 16 Julai 2020.

Data daripada NHTSA menunjukkan kualiti kimpalan antara tangki bahan api tidak dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, dan disebabkan kadar integriti kimpalan yang tidak sempurna, ia mampu mencetuskan kebocoran bahan api sekaligus menyebabkan kebakaran.

Solusinya cukup mudah, pihak pengeluar akan menggantikan tangki bahan api yang terlibat secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan berhubung kes ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PHSAM menggesa supaya pemilik terlibat untuk menghubungi pusat pusat Audi Centre berhampiran untuk…
Berita Global
Menurut laman web rideapart.com, unit-unit yang mempunyai masalah dengan penyambung (strut) sistem…
Berita Global
Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes…