Toyota GR Supra swa-drift kini boleh dimiliki dalam bentuk diecast Hot Wheels!

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda model Toyota GR Supra dengan keupayaan pemanduan autonomi yang pernah kami siarkan sebelum ini?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera yang boleh drift dengan sendirinya itu kini boleh dimiliki oleh orang ramai dalam bentuk diecast di dalam siri Hot Wheels Boulevard.
 

GR Supra


Selain daripada GR Supra swa-drift itu, pakej Hot Wheels Boulevard turut merangkumi model Alfa Romeo 155 V6 Ti, Holden Monaro GTS 1973, Mercedes-Benz CLK- GTR 1997, DMC DeLorean, Porsche 911 generasi 964 serta beberapa model lain lagi.

 


Jentera GR Supra itu dibangunkan oleh Toyota Research Institute (TRI) untuk mengkaji kebolehan kawalan kereta yang dilengkapi teknologi swapandu bagi mengelakkan kemalangan atau halangan terutama apabila kenderaan kehilangan cengkaman yang diperlukan.

"Di TRI, matlamat kami adalah untuk menggunakan teknologi termaju yang mampu untuk menambah dan menguatkan keupayaan manusia, bukan menggantikan mereka," menurut Avinash Balachandran, pengurus kanan Penyelidikan Pemanduan Berpusatkan Manusia di TRI.

 


"Menerusi projek ini, kami ingin memperluaskan skop di mana sesebuah kereta itu boleh dikawal dengan matlamat untuk memberikan pemandu biasa refleks naluri seorang pelumba professional untuk mengendalikan kenderaan dalam situasi kecemasan dan menjadikan pengguna lebih selamat atas jalan raya.

Baca: Toyota GR Supra swa-drift

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…