Toyota GR Supra rasmi dilancarkan - bermula dari RM568k

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelima Toyota Supra A90, atau lebih dikenali dengan nama GR Supra akhirnya selamat mendarat di tanah air tercinta, Malaysia, apabila UMW Toyota Motor secara rasmi membawa masuk kereta sports yang ditunggu-tunggu para peminatnya itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibawakan dalam satu varian tunggal sahaja, pihak UMW Toyota membawa masuk varian yang dilengkapi dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter twin-scroll turbo tunggal yang mampu menjana 335 kuasa kuda dan 500 Nm daya kilas. 

Ia dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan, yang memberikan kuasa pecutan sepantas 4.1 saat dari pegun ke 100 km/j.

 


Pasukan Gazoo Racing turut menyumbang kepada talaan casis dan sistem gantungan yang terdiri daripada double-joint spring strut di hadapan dan multi-link di bahagian belakang. 

Secara lalai (default), sistem gantungan Supra ini didatangkan dengan dua tetapan adaptif, iaitu Normal dan Sport. 
 


Memasuki ruang dalaman, kabin Supra Mk5 ini tidak dapat lari daripada pengaruh BMW Z4, terutama di bahagian tengah yang menampilkan skrin infotainment ala-ala iPad serta paparan iDrive. 

Uniknya, elemen Toyota Supra Mk4 yang lebih berorientasikan pemandu turut dibawa masuk ke dalam Mk5, dan ini boleh dilihat pada rekaan panel pintu dan konsol tengah. 
 
Keempat-empat sudut arca roda dihiasi dengan rim bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Michelin SuperSport 255/35 ZR 19 di hadapan dan 275/35 ZR 19 di bahagian belakang. 
 


Walaupun ia sebuah kereta berprestasi tinggi, aspek keselamatan tidak dilupakan apabila ia hadir dengan kelengkapan seperti:

  • tujuh beg udara (termasuk beg udara lutut)
  • Amaran Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Amaran Keluar Laluan dengan Bantuan Stereng
  • Lampu Suluhan Tinggi Automatik
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan
  • Bantuan Brek
  • Kawalan Cengkaman
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar

 


Toyota GR Supra didatangkan dengan lapan warna pilihan dan harga yang mengikut spesifikasi warna yang telah ditetapkan:

Prominence Red
Lightning Yellow
White Metallic
Deep Blue Metallic
Silver Metallic
Matte Storm Grey Metallic
Black Metallic
Ice Grey Metallic

Harga jualan pula bermula dari RM568,000 atas jalan tanpa insurans untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia. 

 


Selain daripada itu, Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang mempunyai GR Garage, di mana kedai khas ini akan digunakan untuk menjual model berprestasi tinggi seperti GR Supra, barangan berprestasi tinggi Gazoo Racing serta barangan cenderahati GR. 

Terdapat lima cawangan yang bakal dibuka di Malaysia termasuklah tiga di Lembah Klang, sebuah di Utara dan sebuah lagi di kawasan Selatan tanah air. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…