Toyota GR Supra kini hadir dengan transmisi manual, 388 PS/500 Nm, dari RM645,000

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2019, UMW Toyota telah membawakan generasi kelima kereta sports pacuan roda belakang Toyota GR Supra (Supra A90).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk kemaskini tahun 2023, GR Supra kini ditawarkan dengan transmisi manual yang mampu menjadikan aspek pemanduan kereta sports ini lebih mengujakan, dengan harga jualan bermula dari RM645,000 hingga RM655,000 untuk varian automatik.
 

supra


Dari segi kuasa, GR Supra mengekalkan enjin enam silinder sebaris turbo twin-scroll berkapasiti 3.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 388 PS @ 5,800-6,500 rpm dan daya kilas 500 Nm @ 1,800-5,000 rpm.

Dengan padanan transmisi manual, pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.4 saat, sedikit perlahan berbanding model bertransmisi automatik (4.1 saat), sebelum mencapai kelajuan maksikum 250 km/j.
 

supra


Selain daripada penambahan pilihan transmisi manual enam nisbah kelajuan, aspek pemanduan Toyota GR Supra turut dipertingkatkan dengan ciri pembahagian berat 50:50, Adaptive Variable Suspension, pembeza gelincir terhad kawalan elektronik, serta karakteristik stereng dan sistem kawalan casis yang telah ditala semula untuk pengendalian dan juga keselesaan yang dipertingkat.

Secara standard, GR Supra manual dilengkapi dengan rim aloi tempa bersaiz 19 inci dengan balutan tayar 255/35 dan 275/35 di bahagian belakang.
 

supra


Ciri keselamatan tidak dilupakan, GR Supra manual turut didatangkan dengan ciri seperti kawalan jelajah (ciri adaptif untuk versi automatik), sistem pemantauan tekanan tayar, penderia parkir pintar, fungsi brek kecemasan, sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.

Untuk ruang kabin, GR Supra kini dilengkapi dengan upholsteri balutan kulit, paparan head-up, tempat duduk boleh laras berkuasa elektrik, cermin pandang belakang elektrokromatik dan sistem audio JBL dengan 12 pembesar suara.

Terdapat lapan warna yang boleh dipilih termasuklah Prominence Red, Lighting Yellow, White Metallic, Black Metallic, Dawn Blue Metallic, Volcanic Ash Grey Metallic, Matte Avalache White Metallic dan Matte Storm Grey Metallic.

Baca: Toyota GR Supra 2023 kini dengan transmisi manual

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…