Toyota GR Supra kini berkuasa 388 PS, daya kilas kekal 500 Nm, bermula dari RM590 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa pasaran utama menerima kehadiran Toyota GR Supra yang dipertingkatkan kuasanya, pihak UMW Toyota tidak pernah melupakan pasaran Malaysia di mana versi tersebut kini sudah boleh didapati di pusat pameran Toyota GR Garage di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masih mengekalkan enjin asal enam silinder sebaris turbo 3.0 liter, angka output Toyota GR Supra kini dipertingkatkan kepada 388 PS dengan kadar peningkatan 14 peratus, namun daya kilas kekal pada angka 500 Nm yang masuk antara julat 1,800 rpm-5,000 rpm.

Para jurutera turut memperbaiki aspek pengurusan haba enjin dengan penambahan manifold ekzos dua cabang utama dengan enam port (berbanding dua), serta rekaan piston baharu yang mengurangkan nisbah mampatan enjin daripada 11:1 kepada 10.2:1.

Sistem transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan masih standard, namun kuasa pecutan kini mampu mencapai masa 4.1 saat dari 0-100 km/j, berbanding masa 4.3 saat pada model terdahulu.

 

 


Selain daripada itu, casis GR Supra turut dipertingkat dengan melakukan talaan semula dan penambahan rod prestasi bagi meningkatkan kestabilan dan mengurangkan kadar olengan badan.

Terdapat tujuh warna pilihan ditawarkan termasuklah Prominence Red, Lighning Yellow, dan White Metallic, manakala warna Deep Blue Metallic kini tidak lagi ditawarkan.

Harga jualan Toyota GR Supra bermula dari RM589,987 (dengan pengecualian cukai jualan, tidak termasuk insurans) dan boleh ditempah di bilik pameran Toyota GR Garage di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…