
Kejaguhan GR Supra GT4 terbukti melalui lebih 500 kemenangan di atas podium di serata dunia termasuk juara kelas di Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.
TGR baru sahaja mempertingkatkan GR Supra GT4 (EVO) untuk musim 2023.
Di antara perubahan seperti pembrekan, pengendalian dan prestasi enjin lebih baik yang menjadikan kereta lebih mudah untuk pemandu dengan kemahiran berbeza-beza.
Prinsip ever-better cars Toyota turut terpakai untuk kereta lumba atau ever-better motorsports-bred cars.

TGR mengembara ke litar di serata dunia untuk mendengar secara terus dari pasukan lumba dan pemandu.
Dari usaha tersebut lahir GR Supra GT4 EVO 2 untuk musim 2025 dengan prestasi, ketahanan dan pengoperasian yang lebih baik.
Di antara ciri baharu seperti penalaan semula pemetaan ABS untuk pembrekan dan prestasi di selekoh yang optimal berdasarkan jenis dan kehausan tayar serta keadaan litar.
Masa penurunan gear dikurangkan dengan penalaan padanan rev melalui kemas kini perisian.

Perubahan itu turut meningkatkan kawalan nyahpecutan semasa pembrekan untuk kelajuan di selekoh yang lebih tinggi.
Selain menambah baik prestasi penyejukan enjin, brek dan rangkaian pacuan, TGR juga mengoptimumkan suhu kabin supaya kereta lebih mudah dipandu dalam keadaan mencabar.
Pakej perubahan menjadikan GR Supra GT4 EVO2 lebih mudah untuk dipandu bukan sahaja pelumba profesional tetapi juga pemandu amatur.
Enjin kekal sama iaitu 3.0 liter enam silinder sebaris dengan pengecas turbo tunggal skrol berkembar dan dipadan bersama kotak gear automatik ZF.

Kos kereta bergantung kepada pasaran dan dijangka berharga 202,000 euro (RM983,286) di Eropah.
Spefisikasi teknikal Toyota GR Supra GT4 EVO2:
- Ukuran: 4,460 (p) x 1,855 (l) mm
- Binaan: Badan besi dan aluminium dengan rangka keselematan kekuatan tinggi mengikut peraturan FIA
- Pemisah depan dan sayap belakang: Komposit gentian
- Tangki bahan api: Tangki bahan api keselamatan ATL FT3 120 liter dengan sistem pengisian pantas
- Kerusi pemandu: Kerusi lumba OMP dengan tali pinggang keledar 6 sudut (FIA 8862-2009)
- Enjin: 3.0 liter, pengecas turbo tunggal skrol berkembar, 6 silinder sebaris
- Daya kilas: Sehingga 660Nm
- Pengurusan enjin: ECU Marelli
- Sistem ekzos: Ekzos perlumbaan Akrapovic dengan penukar bermangkin
- Pelincir: Ravenol
- Kotak gear: Kotak gear automatik ZF yang diubah suai dengan pedal gear
- Pembeza: Pembeza gelinciran terhad (LSD) Drexler Motorsport
- Aci pacu: GKN Motorsport - spesifikasi daya kilas tinggi
- Ampaian: MacPherson (depan), pelbagai pautan (belakang)
- Penyerap hentak: KW boleh laras jenis perlumbaan
- Stereng: Rak dan pinan dengan bantuan elektrikal
- Brek: Angkup perlumbaan Brembo 6 omboh, cakera besi 390 mm (depan)
- Brek: Angkup perlumbaan Brembo 4 omboh, cakera besi 355 mm (belakang)
- Rim dan tayar: OZ 11 x 18 inci, Pirelli 305/660-18 (depan), 305/660-18 (belakang)
- Kawalan cengkaman
- ABS
- Unit paparan digital
- Perakam data
- Sistem pemadam kebakaran
- Sistem jek udara
- Sistem minum ((pilihan)
- Kamera pandangan belakang (pilihan)
- Sistem pengawasan tekanan tayar (pilihan)
- Penderia gerakan ampaian (pilihan)
- Pakej homologasi ketahanan (pilihan)
Penulis: Muhammad Md Tajudin
