Toyota GR Supra GT4 Concept - bukan sekadar kit badan semata-mata

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, Toyota mempunyai cabang perlumbaan rasmi yang lebih dikenali dengan nama Toyota Racing Development (TRD) yang kaya dengan sejarah penglibatan dalam sukan permotoran seperti Toyota Supra. 

Namun, sejak akhir-akhir ini, kita lebih mesra dengan TRD yang hanya memperkenalkan tambahan kit badan kepada model-model arus perdana seperti Vios dan Hilux (sekadar memberikan contoh) untuk memberikan reka bentuk yang sporty.

Tanpa sebarang naik taraf kuasa, sudah tentu kita bosan melihat jenama TRD yang sinonim dengan kit badan semata-mata. 
 


Untuk itu, sebuah lagi divisyen perlumbaan yang baharu di bawah naungan Toyota, Gazoo Racing membuat keputusan untuk 'lari' dari kebiasaan tersebut dengan memperkenalkan versi yang lebih berkuasa. 

Anda tentu kenal dengan model Yaris GRMN, hot hatch pertama yang menerima lencana GRMN, dan talaan kepada unit enjin 1.8 liter supercharger menghasilkan 205 hp dan transmisi manual enam kelajuan sahaja. 

Tradisi tersebut bakal diteruskan dengan penghasilan  Supra GRMN, tapi sebelum itu Toyota mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebuah lagi model Supra versi litar dengan spesifikasi perlumbaan GT4 terlebih dahulu. 
 


Dibangunkan oleh Toyota Motorsport GmbH di Jerman, GR Supra GT4 berdasarkan GR Supra versi jalanan, namun dengan penambahan kit perlumbaan seperti sayap belakang yang besar, serta splitter di bahagian hadapan. 

Sebuah kereta lumba perlulah ringan, dan untuk itu Toyota telah membuang segala peralatan yang tidak perlu untuk menjimatkan berat. 

Sangkar keselamatan dipasang sebagai ciri standard dan tempat duduk pula digantikan dengan bucket seat yang diperbuat daripada kerangka gentian karbon. 
 


Stereng OMP spesifikasi perlumbaan dengan tanda pukul 12 menggantikan peranan stereng asal. 

Enjin pula masih mengekalkan nadi BMW enam silinder sebaris, namun pihak Toyota telah menggantikan komponen seperti ECU dan sistem pendawaian yang lebih sesuai digunakan untuk perlumbaan. 
 


Harus diakui Supra masih baharu di dalam arena ini, dan menurut Toyota, mereka akan kekal menceburi bidang perlumbaan bagi melihat potensi sebenar kereta sports tersebut sekaligus mengaplikasikannya pada Supra versi jalanan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…