Bersempena dengan nama litar bersejarah ini, Toyota kini menghadirkan sebuah versi baharu bagi Toyota GR Supra yang digelar sebagai GR Supra Jarama Racetrack Edition.
Dihasilkan sebanyak 90 unit sahaja dan khusus untuk pasaran Eropah, GR Supra edisi Litar Jarama ini menampilkan warna Horizon Blue dengan aksen hitam, rim aloi bersaiz 19 inci dan angkup brek berwarna merah.
Sementara ruang kabin pula menampilkan penggunaan bahan Alcantara dengan jahitan biru, serta plak khas pada papan pemuka yang menonjolkan angka produksi jentera Supra ini.
Antara ciri standard yang dimuatkan termasuklan trim gentian karbon, skrin sentuh bersaiz 8.8 inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio dengan 10 pembesar suara, dan ciri Toyota Safety Sense+.
Tidak diketahui sama ada Toyota mendatangkan talaan khas kepada Supra ini, namun ia dijana dengan nadi enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo yang menghasilkan 335 hp dan 500 Nm, serta padanan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.