Toyota GR Supra dipanggil semula - isu tali pinggang keledar bermasalah

oleh Mohamad Hanif|
National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah mengeluarkan notis panggil semula untuk tujuh unit Toyota GR Supra di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan NHTSA itu lagi, kesemua unit dipanggil semula disebabkan masalah tapak tali pinggang keledar yang bermasalah akibat tidak dikimpal dengan sempurna mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Menariknya, kempen panggil semula ini tidak dibuat secara rasmi oleh Toyota, sebaliknya ia dibuat oleh BMW. 

Harus diingatkan bahawa Toyota GR Supra masih lagi berkongsi platform bersama BMW Z4 dan dipasang di Magna Steyr, Austria. 

Setakat ini, empat unit Toyota GR Supra sudah pun menyahut seruan panggil semula, manakala tiga lagi unit sedang dihubungi untuk proses selanjutnya. 
 


Jika masalah masih berterusan, pemilik unit yang bermasalah akan menerima kereta ganti baharu daripada pengeluar. 

Untung juga ya. 

Masalah tali pinggang keledar sahaja, boleh dapat kereta ganti baru. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…