Toyota GR Super Sport bakal jadi model GR paling berkuasa, 968 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Kedudukan tertinggi di dalam hierarki kereta pantas Gazoo Racing yang kini dianggotai oleh GR Supra, GR Yaris dan GR 86 itu bakal diduduki oleh Toyota GR Super Sport, dengan angka output dijangka menghampiri 1,000 hp.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota GR Super Sport merupakan homologasi jalanan kepada jentera Le Mans (mengikut regulasi FIA) yang bakal memberikan saingan secara terus kepada model-model flagship yang lain seperti Mercedes-AMG One dan Aston Martin Valkyrie.

Jentera lumba sebenar Le Mans Hypercar (LMH) Toyota menggunakan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 3.0 liter bentangan V6 dengan bantuan motor elektrik, namun dengan angka output yang dihadkan kepada 680 kuasa kuda.

 


Namun, untuk versi jalanan, Toyota membuat keputusan untuk menggunakan trenkuasa yang berbeza, iaitu enjin TS050 Hybrid 2.4 liter V6 turbo berkembar, dibantu dengan sistem hibrid Toyota Racing System, dengan angka output menghampiri 986 kuasa kuda mengikut undang-undang LMH yang asal.

Menurut sumber yang dipetik laman web Autocar turut mencadangkan bahawa Toyota mungkin akan menggandingkan enjin tersebut dengan tiga motor elektrik bagi membenarkan lebih banyak kuasa dilepaskan oleh jentera jalanan tersebut.

Mengikut peraturan asal, Toyota perlu memproduksikan sekurang-kurangnya 20 unit jentera versi jalanan untuk memenuhi keperluan homologasi, namun Toyota sendiri tidak memutuskan berapa banyak jentera yang akan mereka hasilkan memandangkan undang-undang tersebut kini tidak lagi berkuat-kuasa.

 


Toyota juga sebelum ini telah pun menjalankan kaji selidik bagi pemilihan pemilik dan pembeli sebenar Toyota GR Super Sport berdasarkan senarai soalan yang didapati di laman web khas, serupa dengan apa yang dibuat oleh Ford sebelum mereka memilih pemilik sebenar Ford GT.

Baca: Prototaip GR Super Sport di Le Mans

Baca: Anda perlukan lesen perlumbaan untuk memiliki GR Super Sport

 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…