Toyota GR Hilux - nadi baharu diesel V6, pesaing Ranger Raptor

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami telah pun melaporkan berita pendaftaran tanda dagangan 'GR Hilux' yang dibuat oleh Toyota Australia dan diluluskan permohonannya pada bulan lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, trak pikap berprestasi tinggi ini akan hadir dalam jangka masa sebelum Toyota menamatkan generasi kelapan Hilux ini pada tahun 2023.

 


Menurut laporan daripada media Australia Cars Guide, pesaing kepada trak pikap Ranger Raptor ini akan didatangkan dengan nadi diesel bentangan V6 serba baharu bagi menggantikan nadi 4.5 liter V8 yang menghasilkan 268 kuasa kuda dan 650 Nm itu.

Enjin ini juga akan membuat kemunculan rasmi pada Land Cruiser generasi baharu terlebih dahulu, dan bakal dipasang pada model-model Toyota yang lain untuk mengurangkan kos pembangunan dan produksi.

 


Selain daripada enjin baharu, Toyota juga bakal menala kembali casis, sistem pemberhentian serta sistem gantungan supaya ia mampu menampung peningkatan kuasa dan menjadikan GR Hilux ini sebuah trak pikap berprestasi yang sempurna.

Rekaan luaran juga difahamkan akan hadir dengan kemasan yang lebih agresif berbanding model Toyota Hilux GR Sport yang telah diperkenalkan sebelum ini.

 


Generasi baharu trak pikap Hilux ini hanya akan muncul pada tahun 2023, dan bakal disatukan dengan model Tacoma sebagai satu model global.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka itu baru sahaja dinaikkan pada September lalu yang sebelum ini berkuasa 201 hp dan tork…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…
Pelancaran
Kereta sports kompak ini dikatakan menjanjikan prestasi sebuah hot hatch dengan tahap pengendalian…