Toyota GR DKR Hilux T1+ bakal beraksi di Dakar Rally 2022

oleh Mohamad Hanif|
Toyota baru-baru ini mengumumkan penyertaan rasmi ke dalam acara perlumbaan Dakar Rally 2022 menerusi jentera off-road GR DKR Hilux T1+.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Toyota, jentera GR Hilux itu telah pun selesai menjalani fasa prototaip, dan akan meneruskan fasa pembangunan sebelum ia muncul secara rasmi pada acara tersebut pada 2 Januari tahun depan.

Toyota GR DKR Hilux T1+ ini menggunakan nadi V6 turbo berkembar 3.5 liter yang terdapat pada model Land Cruiser GR Sport, dengan kuasa kuda setinggi 400 hp dan daya kilas 660 Nm mengikut regulasi yang telah ditetapkan oleh FIA.
 

Hiux


Difahamkan, enjin V6 dengan kod nama V35A ini jauh lebih ringan dan lebih daya kilas berbanding jentera lumba Hilux terdahulu, namun selari dengan undang-undang perlumbaan, berat keseluruhan trak ini telah meningkat kepada 2,000 kg.

Selain itu, sistem suspensi trak lumba ini telah ditambah jarak pergerakan dari 280 mm kepada 350 mm, sementara keempat-empat sudut pula menempatkan roda aluminium yang dibaluti tayar BF Goodrich.
 

Hilux


Salah satu daripada GR DKR Hilux T1+ ini menampilkan layangan liveri Toyota GAZOO Racing terbaharu yang digunakan oleh pasukan itu di dalam perlumbaan World Endurance Championship dan World Rally Championship. 

Selain daripada perlumbaan Dakar Rally 2022, ia juga bakal membuat kemunculan dalam FIA World Rally-Raid Championship 2022.

Di Dakar Rally 2022, Toyota menghantar empat penyertaan menggunakan Toyota GR DKR Hilux T1+ yan akan dikendalikan oleh Nasser Al-Attiyah dan pembantu Mathieu Baumel, pemenang Dakar Rally Giniel de Villiers bersama Dennis Murphy, pelumba Afrika Selatan Henk Lategan dan Brett Cummings, serta Shameer Variawa dan pembantunya Danie Stassen.