Toyota GR Corolla dilaporkan mampu ekstrak 296 hp guna enjin tiga silinder GR Yaris!

oleh Mohamad Hanif|
Cakap-cakap berkenaan kehadiran sebuah lagi model hot hatch daripada Toyota, GR Corolla sudah pun kedengaran semenjak kemunculan GR Yaris lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa laporan terdahulu mencadangkan ia bakal hadir dengan enjin 1.6 liter turbo tiga silinder seperti unit yang mendiami Toyota GR Yaris, dengan angka output yang sama (257 hp atau 268 hp di Jepun).

Namun, laporan terbaharu daripada Car Sensor mendakwa Toyota bakal menala kembali enjin tiga silinder tersebut supaya mampu menghamburkan kuasa setinggi 296 hp, menjadikan ia sebaris dengan hot hatch lain seperti Civic Type R, Renault Megane R.S. Trophy dan Hyundai i30 N!

 


Selain daripada itu, sistem pacuan semua roda GR-Four dan transmisi manual enam nisbah kelajuan turut dilaporkan bakal ditawarkan pada GR Corolla.

Tidak seperti GR Yaris yang dihasilkan bagi memenuhi homologasi WRC dan ditawarkan dalam unit terhad, Car Sensor mencadangkan GR Corolla memiliki tanda harga yang jauh lebih murah berbanding GR Yaris.

Di Jepun, harga jualan GR Corolla mungkin berkisar sekitar 3.5 juta yen sehingga 4 juta yen (RM133,803-RM152,919) dan sebagai rujukan harga GR Yaris RZ bermula dari 3.96 juta yen (RM151,390).

Sumber: Car Sensor

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Sukan Bermotor
Pasukan Toyota akan menampilkan tiga jentera, iaitu ORC Rookie GR86 CNF Concept, ORC Rookie GR…
Berita Global
Daripada jumlah 200 unit yang diperuntukkan untuk sepanjang tahun, hanya 181 unit sahaja yang telah…