Toyota GR Corolla Circuit Edition 2024 - 300 hp, 370 Nm, talaan kepada casis, aero, 1600 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan hot hatch GR Corolla masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, Toyota membuat keputusan untuk terus menawarkannya bagi model tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota GR Corolla Circuit Edition 2024 kini boleh didapati dengan beberapa perubahan dan penambahbaikan dari segi prestasi.
 

GR COrolla


Secara standard, ia dibekalkan enjin tiga silinder G16E-GTS (300 hp, 370 Nm), bumbung gentian karbon tempa, spoiler belakang hitam berkilat, pembeza gelincir terhad (LSD) Torsen, diikuti dengan tempat duduk sports balutan kulit palsu dan suede Brin Naub, serta sistem audio premium JBL - sama seperti model tahun 2023.

Perubahan eksklusif ialah kehadiran warna baharu Blue Flame, kemasan dalaman warna biru, diikuti dengan komponen liang udara hadapan yang disemak semula, serta talaan pada casis untuk aspek pengendalian dan aerodinamik yang lebih berkesan.
 

GR Corolla


Selain itu, Toyota juga telah mengubah bolt cagak untuk gear stereng, suspensi belakang, serta sistem pembumian bateri.

Mengakhiri perubahan pada GR Corolla ialah set rim aluminium tempa bersaiz 18 inci yang sama didatangkan pada model MORIZO Edition 2023, serta balutan tayar Michelin Pilot Sport 4S.
 

GR Corolla


Toyota GR Corolla Circuit Edition 2024 akan mula dijual pada musim luruh ini, dan hanya 1,600 unit sahaja yang akan dihasilkan.

Untuk mereka yang tidak berkemampuan, usah risau kerana Toyota turut mengumumkan model GR Corolla akan tersedia di dalam permainan simulasi perlumbaan Gran Turismo.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR…
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…